Tengahari tadi, ke restoran Ujung batu yang teletak di jalan ujung batu. yang pernah dipromosikan oleh N4Z4 (
http://usharushar.fotopages.com/) .. Makanan disini berkonsepkan makanan kampung, ikan, ulaman, gulai dan sambal. Tu pun cukup menkuyukan mata di waktu tengahari. Tarikan kat sini sebab pemandangannya tepi sungai..Kita boleh tengok tempat feri repair, kilang gula..Kalau angin sepoi-sepoi bahasa.. kena pulak lepas makan gulai ikan sembilang( terima kasih pak cik ..pemancing.. ) , ikan goreng bawal,..maka berebutlah nak duduk belakang kereta bila nak balik nanti...
Signboard..
Kat tepi tu ada seorang pak cik jual ikan kembung "Sekilo tiga ringgit...ikan baru punya..." Kata pak cik tersebut seraya melontarkan senyuman . ..
Encik Fadli (bukan nama sebenar) sedang menguji kualiti ikan yang hendak dijual supaya memenuhi specifikasi yang dibenarkan.
Kilang gula yang kat hujung tu..