Oleh kerana Hari Ibu jatuh pada minggu peperiksaan, Akak adik beradik menyambut Hari Ibu seminggu lebih awal...Seronok sangat dapat berjumpa semua ahli keluarga pada hari tu. Semua ibu2 mendapat banyak hadiah dari orang2 tercinta..orang yang sangat bahagia sekali akak rasa ialah my bonda HJH WAJIHA AHMAD...Selamat Hari Ibu, mak...semoga sentiasa memperolehi kasih sayang dan perlindungan dan keberkatan dari Allah yang maha Esa..Amin.
Akak buat cheese cake berperisa oren, dihias dengan ganache dan taburan white chocolate yang disagat...
Quote:
Jutaan terima kasih khas untuk shifu akak sorang lagi...Tun Zuraidah BoxHouseStudio, kerana memberi akak idea utk menghias cis kek kali nie..