Sebelum tibanya hujung minggu May bank holiday nih....kepala dah berpusing-pusing memikirkan nak gi mana ye....takkan nak duduk rumah je....nak gi jauh-jauh memang tak delah sebab tak bookingpun dan dah sah-sahlah mahal......Akak cakap ngan hubby jom kiter gi Skegness....jalan-jalan kat pantai...tak jauhpun.....mulanya ramai dengar citernya nak ke sana.....oklah the more the merrier....akakpun rasa nak ajak Sha n Wan joint sekali....rupanya Wan dah berlepas ke Southhampton....so kitapun inform ke Sha....Sha kata why not gi Spalding gak sebabnya ada Flower Festival kat sana dan tempatnyapun dah tak jauh manapun dari Skegness.....bincang ngan Sha masa diorang datang joint kitaorg makan steamboat pada hari Sabtunya.....citer pasal steamboat jap ianya adalah berasas keboringan melampau makan nasi.....lega rasanya dapat bertukar selera makan...
So lepas makan steamboat confirm Sha ikut kitaorg dan Anapun nak joint sama....tapi lepas Sha balik dapat call yang lain-lainnya tak jadik gi....tapi akak maintain tetap gi jugak.....
So besoknya lepas menyediakan bekalan makanan yang akan dibawa kami tiga keluargapun berangkat....
Destinasi pertama adalah festival bunga di Springfield Spalding....berpusing-pusing jugaklah baru jumpa...paradenya telah diadakan semalamnya so kami cuma menikmati bunga-bunga yang diletakkan di tapak pameran sahaja....cantik!!!
Disebabkan tapak pameran nih bersebelahan dengan Springfield Retail Outlet dan di dalam retail outlet itu juga terdapat taman maka kami tidak melepaskan peluang meninjau juga tempat nih....bila masuk rupanya tamannya agak besar dan terdapat banyak bunga-bunga tulip di dalamnya....so sebab tak jumpa lagik tulip kat Notts nih so seronok jugaklah dapat bergambar di taman nih .....
Selepas Spalding kamipun bertolak ke Skegness...perjalanannya memakan masa hampir sejam jugak tapi kali nih senang aje sampaipun tak sesat....terus menuju ke Pleasure Beach yang terletak di Skegness Pier di mana di sini juga terletaknya theme parknya yang mengadap ke pantainya.....disebabkan perut memang dah lapar maka kami terus mencarik tapak untuk berkelah dan bersantai sambil tuh bebudak pulak dah tak sabar-sabar nak main air....cuaca pulak agak mendung disamping angin yang agak kuat jugaklah......
Lepas menjamu selera dengan enaknya maklumlah tepi lautlah katakan maka anak-anakpun menuju ke pantai untuk bermain air
Lepas tuh siap buat sand castle lagik
Kami bertolak balik meninggalkan Skegness selepas hujan dah mula turun....walaupun ianya tak selebat manapun tapi disebabkan hari dah agak petang dan budak-budakpun dah letih
.....lepas tiba di Notts terus je ke rumah Laily pulak sebab dah dapat jemputan dari awal lagik untuk meraikan birthday Ahmad.....happy birthday Ahmad.....mintak sori ye untie lupa lak nak beli present tok Ahmad.....so kita bergambar ajelah ye....Ahmad memang sporting!!!