Isnin yang lalu kami berdua bercuti .. Destinasi pilihan adalah Kuching Sarawak.. Percutian selama 3 hari 2 malam kami menginap di Hotel Crowne Plaza, Riverside berhadapan dgn Kuching Waterfront...
Kami keluar rumah seawal 4.30 am..naik teksi menuju ke KL Sentral..saja nak enjoy naik ERL terus ke KLIA..
Flight kami pukul 8.30 am.. Naik penerbangan Malaysia Airlines .. Kami naik Airbus .. model sebenar tak sure... kena tanya pilot...
Airbus
Rasa teruja pulak naik kapal besar.. Perjalanan berjalan dgn lancar tanpa sebarang masalah..
Di awan biru
Makanan dalam snack box
Kami tiba di Airport Kuching dlm pukul 10.00 am ..
Sampai di sana lepas menjalani pemeriksaan Imigresen & ambil luggage kami, pihak travel agensi CPH Travel dah tunggu kami kat perkarangan luar airport. Mereka bawa kami naik bas menuju ke hotel.
Hotel kami berdekatan dgn Kuching waterfront. Depan hotel tu ada Cat Statue...Comelnya kuching2 tu... Sampai hotel dlm pukul 11.30 am.. Perjalanan dari airport tak jauh pun...tapi disebabkan travel agensi kena tunggu beberapa
penumpang lain jadi lambat bertolak...Sepatutnya ada ada 3 penumpang yg turut serta tapi yg ada cuma 4 Chinesse Ladies & kami berdua...Agaknya 3 penumpang lain tu cari transport sendiri..
Hotel Crowne Plaza, Riverside
Kami lepak & rehat dulu kat hotel dlm 1 jam.. Dah tengahari kat Kuching, perut terasa lapar..kami keluar cari makanan..hotel kami dekat dgn beberapa shopping complex..Sarawak Plaza, Riverside Plaza, Tun Jugah dll..
Kami lunch kat food court dlm Sarawak Plaza.. kat situ Hartz Chicken, KFC, Coffee Bean...Lepas makan ingat nak keluar pusing2 kat waterfront..sekali hujan lah pulak...pusing punya pusing dlm Sarawak Plaza sampai naik bosan sebab
takde apa yg menarik kat Sarawak Plaza...at last lepak je la kat Coffee Bean sementara tunggu hujan reda..
Elok kami order je air, hujan pun berhenti...lepas minum2 kami jalan kaki ke waterfront...dekat je .. cantik waterfront tu...ada perahu penambang..
kesian tengok pakcik yang bawa perahu tu..
Malam tu kami makan seafood kat TopSpot Food Court..kat sini memang terkenal dgn sea food dia..
sedap & murah...