Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


adik...

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
adik



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 4-May-2008 04:19
semalam, hari ini dan lusa...
Semalam, birthday adik. My last brother...Adik yang manja, tetapi semakin meningkat remaja, dia cuba untuk tidak memperlihatkan kemanjaan beliau...
Semalam tarikh dia dilahirkan. Genap tiga belas tahun dia bernyawa di dunia ini. Seakan masih baru lagi tarikh keramat itu. Seakan masih baru rasanya, saya dan abah bersengkang mata malam itu, memilih nama yang sesuai untuk beliau. Lalu, terciptalah nama seindah Abdul Halim Hanif- gabungan nama arwah tokdi, dan nama watak Hanif- seorang remaja tabah dalam novel kesayangan saya, 'Sabarlah Sayang' karya Ghazali Ngah Azia. Novel itu adalah novel pertama yang dibeli oleh saya sendiri (walaupun masih menggunakan duit abah, tapi saya yang membayarkan harganya di kaunter) ketika berumur sembilan tahun. Pada asalnya, abah ingin menamakan adik dengan Abdul Halim Hadi, gabungan nama arwah tokdi dan arwah atuk saudara abah. Tapi, mengalah dengan kedegilan saya, yang ketika itu dilamun cinta asmara dengan watak Hanif, lalu kekallah nama itu dalam sijil kelahiran adik.
Semalam, saya masih keanak-anakan, apa yang saya mahu, semua pasti hendak atau tidak, mesti dituruti. Jika tidak, rajuk saya panjang.. Dan abahlah lelaki yang satu-satunya tegar memujuk saya.

Hari ini, sudah tanggal 4 Mei 2008. Adik sudah berumur tiga belas tahun satu hari. Hari ini abah tidak lagi memujuk saya seperti dahulu. Seperti kata abah sebelum dia jatuh sakit, abah percaya dia lah orangnya...Hari ini saya sudah ada teman yang baru. Dia persis abah. Akur mendengar setiap butir celoteh saya. Rajuk saya, seakan sudah lali ditangani. Dia banyak mengajar, mendidik dan membimbing... Hari ini, saya tengok kalendar. Tinggal 25 hari lagi, saya dan dia akan diakadkan... Tinggal 25 hari lagi, saya perlu patuh betul2 pada abah, sebelum ketaatan saya, ditukarkan arah kepada dia. Tinggal 25 hari lagi, saya akan bertukar status.
Kenapa saya pilih dia?
Soalan yang dulunya saya tidak tahu jawapan.

Tapi hari ini, ketika tinggal hanya 25 hari lagi saya akan sebumbung-selantai dengannya, saya sudah tahu jawabnya apa. Saya terima dia, kerana dia diterima keluarga saya. Saya pilih dia, kerana dia telah dipilih Allah S.W.T untuk saya. Dia kirimkan pelbagai ujian kepada kami untuk melihat keredhaan kami...Dia hantarkan pelbagai ranjau untuk memupuk ketabahan kami berdua. Akhirnya, bila kami berserah setulus hati kepada-Nya, Dia kirimkan yakin kepada kami, untuk menemani hari-hari kami.
Terima kasih, duhai Rabbi... tiada kata lagi dapat saya gubah untuk menzahirkan rasa ini...
Terima kasih juga kepada mereka yang pernah hadir sebagai ujian buat kami... Baik di pihak dia, mahupun saya sendiri. Terima kasih saya kepada anda bukan sindiran, tetapi lahir seikhlas hati saya. Kerana setelah hadir anda menyusup di jalanan kami, kami menjadi semakin kuat, semakin erat, dan kami semakin kenal antara satu sama lain...Terima kasih, kawan... Namun, kepada yang masih mengharap, saya pohon maaf... Saya telah membuat keputusan, dan keputusan ini telah melibatkan banyak pihak. Tiada kuasa saya seorang untuk mengubah keputusan yang dibuat ini. Maafkan saya....


Itu kisah hari ini...Hari ini dan semalam, yang telah saya lalui. Hari esok dan lusa, masih ghaib di pengetahuan saya. seperti manusia lain, saya mengharapkan yang terbaik, InsyaAllah... Saya harap hari lusa saya, akan lebih menyedarkan saya, lebih mendidik, lebih mendewasakan saya. Saya akur, akan ranjau yang saya perlu harungi, itu lumrah alam...Sama-samalah doakan, lusa, saya masih bernafas, supaya lebih banyak bakti saya dapat tumpahkan di muka bumi ini...Dan izinkanlah kami, saya-dia, mengecap bahagia kami...

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.