Merah itu menarik.
Perjalanan pun di mulakan pukul 8.15 pagi dari Pulau Duyong menghulu Sungai Terengganu. Tujuan am ialah mengambil gambar gambar di pesisiran sungai Terengganu. Tujuan khusus ialah mengambil gambar anak anak dara atau pun mak mak dara sedang basuh kain atau mandi manda di tepi Sg Terengganu.
Sebuah jetti boat. Tiada yang menarik di sini...
Pertanyaan yang dikemukakan ialah - Kakak/mak cik datang tak?????
Masjid pulau Serati. Pulau serati masih belum di nodai oleh Patrik Lim. ..
Jambatan ka Pulau Serati. Hanya berjalan kaki, berbasikal atau motorsikal sahaja yang boleh lalu.
Mezium Negeri Terengganu kelihatan dari Sungai Terengganu. Mezium ini adalah mezium yang terbesar sekali di Malaysia, dari segi keluasan nya.
Sekumpulan anak anak sedang mandi manda. Itu sahaja , tiada yang menarik.
--agak agak nya perut siapa yang lagi besor???
Rumah Pam air. Ketika air sedang di pam, kayak kecil seperti ini dengan mudah boleh di hisap oleh pam gergasi di rumah pam ini.
Tempat mengepam pasir. Tempat ini dimaklumkan adalah merbahaya bagi kayak. Jika tidak pandai mengayuh kayak boleh terlekat pada pipe yang merintangi sungai dan kayak fiber boleh patah dua. Orang yang berkayak akan bergolek golekan dalam air. Kalau timbul ada peluang untok hidup.
Apa apa pun, secara keseluruhannya, matalamat am tercapai tetapi matalamat khusus tidak.
Hasil dari post mortem, ialah kawasan ini kawasan bandar. Orang orang di sini mandi dalam bath tab dan membasuh menggunakan mesin basuh fully automatik dalam rumah.
Kalau mahu dapatkan gambar gambar yang diingini mestilah berkayak di sungai di kawasan pendalaman di mana tiada bekalan elektrik dan air paip.