Saiful Zaid & Nik Nadia @ Tanjung Malim 26th Apr 2008
Saya hampir-hampir tidak dapat pergi ke Majlis Persandingan Saiful Zaid dan Nik Nadia pada 26hb April yang lepas atas gara-gara cukai jalan yang telah tamat tempoh lebih dari sebulan kerana lupa diperbaharui.
Namun begitu, kalau sudah namanya rezeki, memang pasti akan manjadi rezeki. Alhamdulillah Hmm.. tengok tu, kami sampai juga di Tanjung Malim
Pada pendapat saya, kedua-dua mempelai ini adalah antara orang-orang yang amat saya senangi.
Penang -> Ipoh = 3 jam.
Ipoh -> Tj Malim = 1.5 jam.
Kami tiba lewat petang kerana lewat bertolak dari Ipoh. Agak risau juga memikirkan mungkin mereka dah bungkus makanan dan lipat meja dan kerusi bersiap-siap untuk balik, kemungkinan besar kami kena pergi ke KFC terdekat. Tetapi, bak kata orang-orang tua, kalau dah rezeki, memang dah rezeki... kami pula yang menghabiskan makanan di situ dan membawa balik banyak telur rebus untuk sarapan esok pagi
Tahniah lagi sekali Didi & Zaid.
Yang benar,
dyanna (yg berpuas hati dapat guna kamera best).