Alhamdulillah pada hari rabu malam khamis baru2 ini kami telah mengadakan majlis makan malam bagi meraikan abah yg mendapat penganugerahan J.P dan juga sempena meraikan ulangtahun perkahwinan kami yg ke 3. Pada mulanya kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat sj tp last minute abah pulak menjemput ajk masjid as-salam utk buat solat hajat dan juga 2-3 keluarga member rapat abah. Walaupun menu utama ( nasi beriani + kari kambing + kuzi ayam) x mencukupi tetapi Ibu Arina Aisyah sempat jugak buat menu sampingan - mee bandung muar.
Kami juga ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir. Antaranya En Yusoff dan keluarga. Walaupun seharian meeting di Kuala Lumpur tetapi sanggup menukar flight awal utk bersama-sama kami pada malam itu. Azuan, Elle & keluarga - Thanks for the album... mcm tau2 jer ibu memerlukan album Paksu Mie, Cik Sue & keluarga - Terima kasih utk set cadar. Warna pink lagi... Sama mcm tema that nite - putih dan pink Pakcik Zie, Makcik Ta & keluarga - Terima kasih utk candy porcelin yg cantik. Pakcik Yie, Aunty Ita & keluarga - Terima kasih kerana sanggup datang dari Terengganu Uncle Zul, Aunty Shikin, In-Laws & keluarga, Uncle Ku Man & Aunty Da - Thank u so much for having dinner with us!
Quote:
Takziah utk Aunty Shikin yg telah kehilangan bonda tercinta pada jam 1 pg - 1 Mei 2008. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin. Al-Fatihah!