Masih sekitar sempena balik kampung during PRU 12 dan cuti sekolah seminggu hari tu.
Adik & kakak macam pelik dengan xtvt mandi sungai kali ini... cetek nau ayornyer..
lastly... masuk wading pool ajer...
Rupa-rupanya termandi kat tempat yang paling bawah sekali. Kat atas macam lagi happening. Tapi tak sempat nak naik dah. Hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik sempat makan-makan.
Sungai tu macam cetek sangat. Tapi menurut kata sorang makcik yang juga membawa cucunya mandi-manda di sini, kalau hujan air naik sampai ke tebing dan memang dalam. Jangan la cuba-cuba nak mandi masa hujan, arusnya cukup kuat. Macam tak percaya je bila tengok air sungai tu masa cetek.
Pemuliharaan sedang berlangsung
Lata ini terletak dalam kawasan Bandar Baharu, negeri Kedah. Walaupun tampuk pemerintahan bertukar, harapnya proses pembangunan dan pemuliharaannya akan tetap diteruskan. Nanti bila balik kampung lagi, InsyaAllah akan ke sini again...