| Friday, 2-May-2008 00:36 |
|
Terima Kasih Falindah Padlee
|
|
Entry ini saya tujukan khas buat Falindah Padlee (http://falindah.fotopages.com/). Ketika beliau menyiarkan entry mengenai lawatan beliau ke sebuah pusat kraftangan di Australia, saya menulis di kotak komen mengenai keinginan saya untuk memiliki sebuah boomerang. Walaubagaimanapun saya tidaklah mengharapkan maklum balas segera daripada beliau. Biarlah beliau menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan hanya membawanya setelah beliau tamat pelajaran. Namun semuanya berjalan begitu pantas dan saya telahpun menerimanya kira-kira tiga minggu lalu yang dikirim ke alamat rumah ayah saya di Seremban. Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan sebagai penghargaan, saya tujukan entry ini buat beliau dengan Kakak dan Jaja sebagai model memperagakan boomerang tersebut.
| Quote: | Di kesempatan ini saya ingin menjawab komen saudara Izin Saat di entry mencari Salahuddin secara terbuka kerana saya merasakan saya patut berkongsi dengan anda.....
Assalamualaikum,
Pertamanya terima kasih di atas komen yang ditinggalkan.
Sebenarnya saya tidak keliru lansung dalam hal ini dan apa yang saya catatkan telah saya timbang-timbang dan fikir-fikirkan.
Benar kata saudara, agenda membasmi kemiskinan merupakan satu perkara yang penting begitu juga pendidikan. Dalam hal ini tugas-tugas tersebut telahpun diagih agihkan kepada kementerian dan jabatan yang terbabit bersama peruntukan masing-masing. jadi masing masing bekerja untuk mencapai matlamat dan objektif yang diamanahkan. apabila agensi yang diamanahkan untuk membuat TTI lebih berjaya dan menonjol daripada mereka yang diamanahkan untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendidikan maka janganlah disalahkan TTI itu dan janganlah dikatakan membasmi kemiskinan dan meningkatkan mutu pendidikan itu dilupakan. lainlah kalau buat TTI dan membasmi kemiskinan itu dibuat oleh seorang, maka orang itu melebihkan pembinaan material berbanding membasmi kemiskinan, maka di sini saya amat bersetuju bahawa projek tersebut telah mengabaikan sesuatu yang lebih penting.
Agenda meningkatkan mutu pendidikan serta membasmi kemiskinan merupakan satu perkara yang berterusan dan telah lama dimulakan. zaman Tun Razak dah ada buku hijau, felda dan bermacam lagi. Kalau kita mengatakan hanya kroni sahaja yang mendapat nikmat tersebut, maka bagi saya bukanlah program itu yang bersalah tetapi mereka yang melaksanakan itulah yang bersalah.
Selain dari kementerian dan jabatan, pusat-pusat zakat di seluruh Malaysia ini juga turut membantu fakir miskin. pusat-pusat zakat adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam negeri-negeri. Ia bukan agensi persekutuan kerana bidang pentadbiran agama Islam adalah di bawah kuasa negeri. Ini bermakna negeri, termasuk juga di negeri bawah pembangkang boleh merancang sendiri agenda pembasmian kemiskinan mereka. wang zakat hanya digunakan untuk asnaf yang tujuh dan tentunya tak akan membabitkan perkara yang lain seperti pembinaan TTI. wang ini tidak berkongsi dengan perkara atau agensi lain dan diuruskan sepenuhnya oleh pusat zakat. maka kenapakah kemiskinan terus berlaku dan tidakkah boleh kita membasminya?
Saya pernah bertugas di Baitulmal sebuah negeri selama 9 bulan sebelum bertukar perkhidmatan. Kami cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah kemiskinan ini serta memberi bantuan pendidikan kepada yang layak. sebolehnya kami cuba memberi mereka pancing berbanding ikan agar mereka boleh berusaha sendiri selepas itu dan terus berjaya. Namun hanya sedikit sahaja bilangan mereka yang benar-benar menggunakan pancing ini, keluar terus dari senarai miskin, dan mampu pula mengeluarkan zakat. Namun yang banyak adalah yang rasa seronok dan selesa untuk terus menerima bantuan. Kepada yang tua dan uzur serta cacat dan benar-benar tidak mampu, itu memang satu pengecualian. Tetapi ada yang cuma miskin harta tapi kaya tenaga, masih tidak mampu memanfaatkan pancing yang diberi.
Kalau kita rajin mengikuti perkembangan dunia zakat, kita dapat melihat Pusat Zakat Selangor merupakan antara pusat yang paling berjaya sekali. Program yang di adakan cukup hebat untuk membantu fakir miskin. Hebatnya mereka hingga mampu menyediakan perkampungan untuk fakir miskin, disediakan pula projek yang boleh mereka laksanakan seperti kedai jahit, menjahit pakaian sekolah dan pakaian itu pula diberikan kepada anak miskin yang lain selain turut dijual. itu belum lagi masuk bab bantuan perniagaan dan lain-lain.
Apa yang saya nak tekankan, kita sebenarnya banyak tak tahu apa yang berlaku dalam perkara membasmi kemiskinan ini. Benar orang yang miskin masih ramai dan yang keciciran sekolah juga begitu. Kerajaan persekutuan, negeri, NGO dan badan-badan korporat ada agenda mereka untuk membasmi kemiskinan. tapi bagaimana pula dengan kita. Bila kita mengatakan ada kemiskinan, apa yang kita lakukan. Bila TV3 tayangkan 'Bersamamu', kita orang biasa ini, berapa keratkah yang hantar sms untuk menderma berbanding sms mengabihkan bogheh untuk afundi. Jiran-jiran kita mungkin ada yang mengeluh susah tapi adakah kita peduli. atau paling dekat sekali, mak ayah dan adik beradik kita, mungkin mereka susah, keputusan duit, adakah kita tahu. Teringat saya semasa di baitulmal dulu ada anak yang minta bantuan zakat untuk ayahnya sedangkan dia mampu. Sedih saya ketika itu. Ibu bapa adalah tanggungjawab anak-anak, tapi apabila minta baitulmal membantu, maka apa pula kerja anak-anak. Kecualilah jika anak juga turut miskin, maka memang patutlah memohon bantuan.
Kesimpulannya, saya bersetuju dengan saudara bahawa yang dulu patut didulukan. Tidak ada salahnya komen saudara itu sebab ia benar belaka. Namun jangan dianggap tiada yang dilakukan untuk membantu orang miskin ini. Walaupun sudah lebih 10 tahun saya meninggalkan Baitulmal, saya tetap anggap saya masih sebahagian darinya dan saya tahu susah payah mereka membantu orang lain yang orang awam tidak tahu. Pemikiran seperti itu akan melukakan hati kami yang pernah terlibat secara lansung membantu mereka yang susah. Ingatlah, agensi dan jabatan yang berkenaan terus bekerja macam biasa. Ini adalah perkara yang berterusan. kalau ada orang yang bina tempat macam TTI, biarkanlah mereka. Itu peruntukan mereka sendiri dan tak kacau duit orang lain. Ingat semula, setiap orang dah ada tanggungjawab masing-masing. Kalau dia berjaya buat TTI jangan kaitkan kejayaan dia dengan kurangnya usaha pembasmian kemiskinan.
Terima kasih atas komen saudara. jangan risau selagi nafas masih ada saya dan rakan-rakan akan cuba meningkatkan mutu hidup rakyat malaysia..... |
|