Jalan-Jalan Cuti Sekolah (Hari Ke 8) ~ Kochi - Beppu
Hari ke 2 kami di Kochi dan juga merupakan hari terakhir misi Jalan-Jalan Cuti Sekolah...selepas bersarapan di rumah Nana...kami dibawa menikmati keindahan Katsurahama Beach...panorama sekitarnya menarik sekali...tapi sayang kami tak boleh berlama-lama di sini...selepas merakamkan kenangan di sini, kami ke rumah En. Haidi/Nana semula...lebih kurang 1.40ptg baru kami bergerak untuk ke Yawatahama...anak-anak tak mahu balik...seronok tinggal di Kochi...nak buat macam mana rumah di Beppu dah lama ditinggalkan...kononnya nak naik feri 5.00ptg tapi, tak sempat lah pula...6.30ptg baru kami sampai di Yawatahama Ferry Port...nampaknya kena naik feri pkl 8mlm...lebih kurang 3 jam lebih menaiki feri, kira-kira jam 11.30 mlm barulah kami sampai ke Beppu...ALHAMDULILLAH sepanjang perjalanan kami dari hari pertama hingga akhir dipermudahkan...tamatlah sudah misi kami JALAN-JALAN CUTI SEKOLAH untuk kali ini...
TERIMA KASIH TAK TERHINGGA kami kepada En. Haidi/Nana sekeluarga yang sudi menerima kedatangan kami dan tak lupa juga kepada Dr. Ariffin/Hani...