1 April...kami meneruskan perjalanan dari Kobe Ke Kochi (lebih kurang 173km ikut jalan biasa)...hasrat untuk menyeberang dari Kobe ke Pulau Shikoku melalui Akashi Kaikyo Bridge (The World's Longest Suspension Bridge) terpaksa dibatalkan memandangkan jambatannya terlalu panjang dan juga tol yang dikenakan terlalu mahal sehingga 10 ribu yen lebih...tambahan pula baru tengok dari jauh jambatan ni pun dah rasa kecut perut, apalagi kalau berada diatasnya...huhhh tak sanggup rasanya...jadi kami pun menyeberang untuk ke Kochi dengan melalui jambatan kedua...Ohashi Bridge...jambatan ni pun panjang juga...disebabkan hari dah malam jadi tak nampaklah pemandangan disepanjang jambatan ni...kira-kira jam 12 malam baru kami sampai ke rumah En. Haidi dan Nana...kesian tuan rumah terpaksa menunggu kami hingga lewat malam...
Esoknya, selepas makan...kami pun dibawa bersiar-siar ke beberapa tempat menarik sekitar Kochi...antara sempat kami lawati, koen, ke muzium ayam berekor panjang, ke Ryugado Stalactite Cave ( ambil gambar di luar je)...kemudian sekali lagi kami berpeluang menikmati sakura di kawasan Universiti Teknologi Kochi...seterusnya kami ke Muzium Anpanman pula...tapi kami tak masuk pun...cuma anak-anak bermain di kawasan luar sambil mengisi perut lagi...malamnya kami menjamu selera di rumah Dr. Ariffin/Hani bersama pelajar yang baru sampai ke Kochi...