PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.
Apakah yang dikatakan penyakit lelah ?
Lelah ialah keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit menyebabkan seseorang itu susah bernafas dan mungkin berbunyi pernafasannya ( ini dipanggil
wheezing ). Dia terbatuk -batuk dan batuknya itu banyak mengeluarkan kahak. faktor -faktor yang boleh menyebabkan lelah di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada 3 kategori :
1. Unsur alahan
2. Unsur jangkitan seperti kuman virus yang membawa penyakit di saluran pernafasan.
3. Unsur emosi.
Unsur alahan berbeza di antara kanak -kanak. Unsur -unsur alahan yang biasa terdapat ialah telur ayam , bulu kucing dan sejenis organisma yang terdapat pada habuk -habuk. Seseorang kanak -kanak yang alah kepada organisma habuk -habuk apabila menyedut udara yang penuh dengan habuk -habuk apabila menyedut uadara yang penuh dengan habuk -habuk ini boleh lelah. Kanak -kanak begini , apabila sahaja terjangkitan kuman virus yang biasa menyebabkan batuk selsema boleh lelah.
Tekanan emosi boleh timbul dikalangan kanak -kanak apabila dia terdedah kepada suasana yang kurang menyenangkan. Umpamanya kanak -kanak yang sensitif yang mula bersekolah boleh mendapat lelah akibat gangguan emosi. Tetapi perlu diketahui bahawa suasana di sekolah boleh membawa unsur -unsur lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu lalah seperti jangkitan virus dan pendedahan kepada berbagai -bagai lagi unsur alahan.
Kanak -kanak yang lelah mempunyai saluran pernafasan sangat sensitif di mana saluran pernafasannya mudah sempit ekoran dari unsur alahan, jangkitan dan gangguan emosi.
Seseorang yang lelah tidak semestinya menunjukan tanda pernafasan yang berbunyi (
wheezing ). Batuk yang tidak berhenti -henti sepanjang masa sama ada di waktu siang atau malam mungkin berpunca dari kesempitan saluran pernafasan atau lelah. Adakalanya kanak - kanak yang menghidap penyakit ini susah bernafas dan terbatuk selepas menjalani aktiviti jasmani. Ada pula kanak - kanak yang lelah yang selalu batuk pada waktu malam terutama pada jam 2 pagi hingga 6 pagi dan terpaksa duduk kerana susah bernafas (
nocturnal asthma ).
Para penyelidik Immunologi telah dapat menunjukkan bagaimana sesuatu unsur alahan dapat menimbulkan asthma. Seseorang akan lelah jika menyentuh sesuatu unsur alahan ( allergen ) seperti satu organisma yang terdapat dalam hama - hama atau habuk ( Dermatophagoides ) dan ini akan bercantum dengan antibodi di dalam darah. Kombinasi antigen - antibodi ini akan melekat pada sel - sel yang di panggil mast cell , mengakibatkan pengeluaran bahan - bahan kimia seperti '
histamine ' , SRS-A dan beberapa lagi bahan - bahan kimia yang akan menyebabkan kesempitan saluran pernafasan. Ini adalah cara reaksi immunologi yang biasa sekali terdapat pada kanak - kanak yang menghidap lelah (
allergic asthma ).
Bolehkah kita mengenali bayi - bayi yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat lelah ?
Para penyelildik dalam bidang alahan telah dapat mengenali bayi - bayi yang berkemungkinan tinggi untuk mendapat lelah apabila mereka besar . Caranya ialah dengan mengukur tahapsatu jenis antibodi yang dipanggil IgE dari darah yang diambil dari darah saluran uri (
cord blood ) selepas kelahiran bayi. Seseorang bayi yang ada riwayat alahan didalam keluarganya serta mempunyai tahap antibodi IgE yang tinggi dalam saluran darah urinya memang berkemungkinan besar untuk menghidap penyakit lelah pada masa akan datang.
Bagaimana hendak mencegahnya?
Pokok dari program pencegahan lelah ialah menghindar unsur alahan. Unsur - unsur alahan yang biasa dikenali ialah organisma yang terdapat dari habuk habuk , bulu - bulu kucing atau anjing , "pollen " dari pokok - pokok , telur , susu lembu atau makanan laut seperti kerang. Ibu bapa sendiri perlulah perhatikan unsur - unsur yang membawa kepada lelah di kalangan anak - anak mereka kerana unsur alahan berbeza diantara kanak - kanak. Merokok dihadapan kanak - kanak tidaklah digalakkan kerana asapnya boleh menyebabkan kanak - kanak itu mendapat lelah. Kadangkala makanan - makanan yang sejuk seperti aiskrim dan air jus buah - buahan boleh menyebabkan kanak - kanak itu menghidap lelah.
Walaupun ukuran antiobodi IgE tidak mudah diuruskan dari saluran darah uri adalah digalakkan ibu - ibu yang mempunyai alahan yang kuat dalam keluarganya memberi susu badan kepada anak - anak yang baru dilahirkannya dan melambatkan pemberian susu tepung formula dan makanan peralihan yang lain kerana ada data - data yang menunjukkan bahawa pemberian makanan - makanan ini kepada bayi dibawah usia tiga bulan boleh menyebabkan bayi - bayi menghidap penyakit alahan.
Rawatan Untuk Lelah/Asthma
Rawatan alternatif dengan menggunakan produk Gamat Emas untuk masalah lelah/asthma pada kanak-kanak atau bayi adalah dengan mengesyorkan amalan memakan Pati Gamat plus Vitamin sebanyak 2 kali sehari. Ini kerana Gamat mempunyai sifat anti radang yang akan melegakan lelah dengan mengurangkan tindakbals hipersensitiviti dan mengurangkan radang atau inflammasi. Dengan ini, kahak lebih mudah 'cair' dan dikeluarkan, kadang kala melalui selsema atu lelehan hingus. Kajian turut menunjukkan Gamat dapat meredakan bronchiolitis dan melegakan masalah gatal tekak.
Ilman, moga cepat sembuh!!!