Bermula hari ini, setiap pelanggan kami akan menerima Album Terkini kami yang dicetak istimewa untuk anda termasuk kulit muka depan dan belakang, dan setiap mukasurat akan disalut dengan lapisan "UV Coated" yang menjadikan album anda tampak lebih kemas, berkualiti dan tahan lama. Album ini kami hadiahkan kepada anda dengan tanpa caj tambahan bersama produk-produk lain yang serba lengkap demi memenuhi keperluan dan kepuasan anda dan pasangan anda. Untuk pakej kami yang bernilai serendah RM1,400 dan RM1,700, kami akan memberikan anda khidmat fotografi yang berkualiti, di samping produk lengkap lain termasuk album custom, gambar bercetak 4R bersama sticky album, potret bersama frame saiz 16R, 11R atau pun 8R, dan CD mengandungi softcopies untuk unlimited shots. Dengan caj yang sebegitu juga, anda akan mendapat khidmat kami sehingga 3 majlis. Dan yang paling menarik, kami memberikan untuk anda sesi Outdoor Fotografi selepas majlis dengan PERCUMA - tiada caj tambahan. Menarikkan? Untuk mengetahui lagi pakej kami secara terperinci, sila klik ==> Pakej Kami
Azam Photography
Untuk Tempahan atau Pertanyaan
Sila E-Mail Kami - jutatrend@yahoo.com Atau Hubungi Kami di 012-3160355
Koleksi Tip Fotografi - Pencahayaan Di Dalam Rumah
Jika kita berada di dalam rumah, untuk memastikan tahap pencahayaan adalah mencukupi, selalunya kita akan menggunakan flash. Untuk mendapatkan gambar yang cantik, elakkan menembak flash secara tepat (direct). Direct flash akan menyebabkan gambar kita terlalu terang (tanpa sebarang tonasi terutama di bahagian muka), disertai bayang yang amat keras. Ini akan terjadi jika kita menggunakan built-in flash, yang selalunya dibina bersama kamera.
Jika anda menggunakan flash berasingan (sebagaimana yang selalu digunakan bersama kamera SLR), pastikan flash anda di arahkan ke siling rumah dan ditembak secara lantunan (bounce). Cahaya yang dihasilkan menggunakan teknik bounce akan lebih merata dan tidak menghasilkan bayang. Gambar anda juga akan menjadi cantik dan menarik.
Semasa mengambil gambar didalam rumah, pastikan juga semua lampu-lampu dipasangkan untuk membantu pencahayaan anda. Lebih menarik jika anda berupaya menggunakan cahaya semulajadi dengan menyuruh subjek anda berdiri di tepi tingkap. Pencahayaan begini boleh menghasilkan kontras yang tinggi dan menarik jika anda berhajat membuat gambar hitam-putih.