Pada jalan itu ada cerita
tiada yang mengerti
hanya aku dan aku juga
walaupun kadang cerita itu buat aku berbisik sendiri
seperti gila pada jalan sendiri
hanya aku dan aku juga
Akhir itu yang sakit aku juga
yang nampak gila
aku juga
yang nampak serabut
aku juga
yang nampak derita
aku juga
Pada jalan itu
aku hitung sakit ku sendiri
tidak aku rayu dilihat sesiapa
tidak aku pinta rasa kesian
kerana pada jalan itu sudah cukup
menyakitkan aku. . .