Dah tak tahu nak letak tajuk apa...hentam sajalah labu....
Hannan kesayangan mama ni dah pandai meniarap sejak seminggu yang lalu. Hooray....good girl!! Sekarang ni pun pantang letak bawah, sure akan meniarap dengan jayanya tapi tak pandai nak balikkan badan dia ke posisi asal. Bila dah letih mulalah nangis soh kita betulkan balik. Punggung dah mula terangkat, nampak macam nak ke depan dah. Wah...seronok mama tengok. Semoga puteri mama yang ni cepat berjalan....jangan jadi macam abang dan kakak...setahun lebih baru mula berjalan.
Husna belum pandai meniarap lagi buat masa ni. Lagipun dia kuat tido dan pantang jaga jer... lebih banyak melalak berbanding senyap. Entah apa kenanya pun mama tak tahu. Banyak ragam sikit minah kecik nih....nak pujuk soh tido pun payah...geram mama kadang tu, cubit kang!!! Paling suka main dan berjaga tetengah malam tu...kul 1 pagi sampai 4 pagi baru tido balik (macam pagi tadi, tension mama ni Husna oii....ngantuk sangat!). Nasib baik Hannan lena jer walaupun mulut Husna bising membebel cakap jerman...heheheh
aksi2 hannan yang sempat dirakamkan sebelum dia nangis...
yang ni gambar 2 beradik yang boolat....heheheh...best tau peluk depa berdua ni, gebus jer...
Yang kat atas tu gambar hari Ahad lps. Mama ngan ayah bawak depa gi Mydin Mall yang kat USJ tu. Kan kat situ banyak sangat mainan kanak2 yang kena masuk coin tu kan...apalagi lah 2 beradik ni, tak sabar2 nak naik. Mama pun dah siap sedia bawak coin dari rumah lagi... Cadangnya gi Mydin tu nak belikan Nurin sepasang bajulah kan...pilih punya pilih, dapat yang berkenan...iman pun nak gak. Tak boleh tidak.... Heheheh...beli selipar pun camtu...nak sepasang sorang. Kopak le mama ni abang kakak oii....awat tak mintak kat ayah jer...... Anak teruna dan dara ni dah pandai memilih rupanya.....tak nak yang mama pilihkan. Nak pilih sendiri....nasib baik cantik...mama approve....