Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 28-Apr-2008 00:38
Mencari Salahuddin


Sebelum sampai ke Taman Tamadun Islam (TTI) ini lagi saya sudah memasang angan-angan untuk mengambil gambar قبة الصخرة atau Dome Of Rock seperti yang terdapat di Baitil Maqdis. Memasuki kawasan berpagar TTI, saya terlihat kubah tersebut di tepi pagar masuk. Ini tambah menguatkan lagi keinginan saya untuk memotretnya. Namun saya merasa satu kehampaan yang amat sangat apabila kawasan tersebut di rentangkan tali dan tiada siapa yang dibenarkan melawatnya. Untuk mengambil gambar dari tempat saya berdiri ketika itu pula tidak mungkin kerana kubah tersebut terhalang oleh satu monumen lain. Cubaan memohon kebenaran daripada pengawal keselamatan yang bertugas menemui kehampaan apabila jawapan yang diberikan adalah negatif. Keluar daripada TTI saya memberhentikan kereta di tepi pagar berhampiran kubah tersebut kerana sebolehnya saya ingin juga mengambil gambarnya - biar puas kehendak hati. Angle dari luar tidak berapa menarik kerana kubah tersebut terhalang oleh satu tembok yang tinggi. Maka terjengket-jengketlah saya meninggikan diri, sambil beralih dari satu tempat ke satu tempat untuk mendapatkan sudut yang terbaik. Maka ini sahajalah yang dapat saya hasilkan dan saya convertkan menjadi sebuah poster wayang. Tarikh 14 Mei pada poster merupakan satu tarikh yang perlu diingati kerana hari itulah secara rasminya Palestin jatuh ke tangan yahudi laknat.

Walaupun pada entry sebelum ini ada sahabat yang menganggap pembinaan TTI sebagai sesuatu yang kurang mendatangkan manfaat, saya berpandangan sebaliknya. Kita ketepikan dari sudut ekonomi yang pastinya membawa pulangan kepada kerajaan negeri yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk membina atau membaikpulih prasarana. Bagi orang yang tak mampu mengembara ke seluruh dunia untuk melihat monumen ini seperti saya, melihat semua replika ini dapat memberikan satu kepuasan yang tidak ternilai. Apatah lagi replika monumen ini dibina mengikut skala dan nisbah bangunan asal. Para pelajar bidang arkitek dan pembinaan akan dapat manfaat yang besar mempelajari senibina masyarakat Islam serata dunia. Pengkaji sejarah Islam akan mendapat manfaat besar dan lebih menghayati sumbangan Islam pada tamadun dunia. Peminat fotografi seperti kita pastinya lebih teruja untuk menghasilkan satu karya seni yang baik berlatarbelakangkan monumen-monumen ini. Saya yakin tidak lama lagi akan ada jurugambar yang membawa pengantin mengambil gambar di sini. Saya juga yakin bukan orang Islam sahaja yang menjadi target person, tetapi turut merangkumi yang bukan Islam. Biar mereka lihat bahawa Islam bukan hanya berada di dunia Arab dan Alam Melayu sahaja. Orang cina boleh lihat masjid yang berada di negeri China. Mereka boleh belajar dari papan keterangan akan sejarahnya dan mereka perlu tahu bahawa orang China lebih awal Islamnya dari orang di Alam Melayu. Lebih manis apabila Islam di China di bawa oleh para Sahabat!! Dan satu fakta indah pembinaan TTI yang saya baca di Berita Minggu tidak lama dulu, seorang Inggeris yang menjadi arkitek dan perancang pembinaan TTI akhirnya mendapat hidayat dan memeluk Islam. Allahu Akbar!! Tidak berguna pada kita, mungkin berguna kepada orang lain.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.