Ketayap bukan lah sejenis kuih yang baru, kuih melayu asli ,
dari masa auntie kecil2 lagi mak dan yong selalu buat ketyap,
lagi2 kalau bulan puasa, tapi masa dulu2, susah nak buat ketayap ni
sebab tak ada sukatan, dan kuali yang melekat, ada orang buat tak
jadi, oleh sebab tak tahu nak sukat tepong, tapi zaman sekarang
semua orang dah pandai buat kuih2, lagi pun dah ada kuali yang tak lekat,
(crepe pan) senang sangat dan dah tentu jadi, so semua orang
boleh buat ketayap

Auntie buat ketayap baru2 ini, pada hari itu
auntie terajin sikit, pergi supermarket beli kelapa, lepas tu
parut dan buat inti, adoi......sedap rasa kelapa asli, asyik buat inti dengan
desiccated coconut, mana nak sedap, kering sangat, so ini lah ketayap
yang auntie buat, resepi ketayap auntie ambil dari koleksi resepi Diana,
di mana Diana guna kan kulit ketayap ini sebagai ketayap inti pedas.
Kulit Ketayap
Bahan yang di perlukan
125 g tepung gandum
1 biji telur
garam secukup nya
275-300 ml air
Sedikit perasa pandan (Maaf ye daun pandan tak ada)
minyak untuk melengser kuali leper
Cara membuat nya >>
Satu kan semua bahan di atas, dan kacau sampai sebati,
tapiskan. Panas kan kuali dan lengserkan sedikit minyak
dan drop kan batter dan di lengang kan kuali supaya menjadi nipis.
Kemundian di angkat dan letak kan inti di tengah2, dan di gulung
kemas.
Untuk Inti nya
1 biji kelapa di parut
dan gula merah secukup .
Campurkan gula merah dan kelapa parut
di kacau sampai masak.

| Quote: |
Mama Fami>> Best nya Mama Fami nak datang, kalau tak
dapat cari rumah auntie, pakai aje navigator left right, left right dah sampai
Nur>>Auntie pun dah lama tak makan kuih ni, sedap juga lah sebab pakai inti
dari kelapa asli
Shsha, Leeds>> Itu dah cukup sedap tu, alhamdullilah kiss kiss to Danial
Niza, London>> tu lah kat kampung memang selalu buat kuih ini
dia orang kata yang paling senang
Cek De Sam>> auntie pun suka kuih ni
Rinzura>> Auntie pun suka kuih ini, inti kelapa dengan gula tu yang buat terasa
Cik Tun>> inti bergitu, ada orang suka inti putih, kalau kelapa nya di
parut putih sahaja
EJ>> Auntie sihat alhamdullilah, datang lah rumah auntie dengan Mama Fami,
boleh kita beborak sampai pagi
Dayang>> nanti auntie ke sana , terima kasih
Zira>> kena buat tu zira
Lee Lin>> banyak orang panggil kuih dadar tapi
dia sama aje
Ija Manik>> cantik manik2 Ija tu, ada kedai ke kat KL
Masriyah>> Betul kata Mas tu, budak2 kurang suka dengan inti kelapa
auntie dulu pun macam tu, sekarang dah tua2 ni tak boleh nampak inti kelapa
Farah>> kalau Farah dah cuba jangan lupa kasi tahu auntie
Roy Lazim>> sama macam auntie boleh jadi geng
Soulha>> tebal tu Sue tak berapa cantik tak expert
Mummy Jam>> dadar suka, dadah ooooo takut saya
Mamasya>> Terima kasih kerana kasi tips pasal kelapa tu
nanti auntie cuba, idea yang baik sebab kat sini senang kalau pakai kepala
kering tu saja
srsfeqah>>Memang sedap kalau makan panas2 terasa inti kelapa tu
auntie dah tengok donut emmmmm sedap |