Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Landskap Hotel

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Landskap Hotel



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 1-Dec-2007 15:00
JALAN-JALAN PI JOHOR BAHRU, JOHOR DT. - BAB 1
JB- Hotel Seri Malaysia
Tarikh :Sabtu 1 Dis. 2007
Masa : 3.00 ptg - 12.00 mlm

15.15 - Check-in (lambat sampai sebab salah jalan & jalan sesak)
15.45- Leeina pi ke Kota Tinggi dgn. Zaaba utk bertemu Cikgu Bahari, merisik cerita Tun Seri Lanang dan sejarah kesultanan Melaka.
17.30- Hantar Deeda, Yah & Lala ke Danga Bay.* Ada konsert Kotex.
18.30- Tangkap gambaq Masjid Sultan Abu Bakar, dari senja sampai malam. * Ada bacaan Yassin dibuat khas dari titah Sultan Johor sebagai kesyukuran di atas kelahiran putera/puteri Tengku Mona. * Tak join.
20.00- Balik hotel.* Leeina dah balik.
21.00- Dinner kat hotel's restaurant. * Leeina ada temujanji dengan Sdr. Hamdan, wartawan paper Kosmo, merisik cerita waris Tun Teja.
22.30- Tamat perbincangan.
22.45- Ronda JB, terus ke Danga Bay ambil `3 badik'.
23.30- Sampai hotel. * Bzzzzzzz *

Giler punya rushing, akhirnya kami semua selamat sampai ke JB dalam jam 2 ptg. Turun saja dari Tol ?? dah mula jam... dahsyat juga JB ni.... ingatkan kat KL saja yang ada fenomena nih. Lepas tu silap masuk simpang pulak.... jadi semakin jauh dari destinasi kami iaitu Hotel Seri Malaysia kat Jalan Langkasuka. Masuk saja Jalan pintas JB-Senai....tuddiaa aih... berjela-jela jam, dok terkedek-kedek lambat dari kura-kura... Bosan, penat & geram datang serentak. Tapi nak buat macammana, dah silap.

At last baru la lepas dari kesesakan yang berpunca dari bottle neck org tengah dok buat jalan.... hampeh betui. Beghenti kat satu simpang tanya orang macammana nak pi HSM. Tak susah rupanya... Dalam pukui 3.15 ptg kami pun sampai & terus check-in. Nasib baik la dah buat booking, kalau tidak, rasanya melepas la.... ramai sungguh manusia !! Ada kursus Jabatan kerajaan rupanya....

Kami tempah 2 bilik dengan harga Rm ?? Boleh dikirakan OK la bilik2 tu jika dibandingkan dengan harganya. Dalam pukui 3.45 ptg, Lina dijemput oleh saudara Za,aba dengan kereta kancil putih untuk pergi ke Kota Tinggi berjumpa dengan cikgu Ahmad Bahari untuk mendengar cerita tentang sejarah Tun Seri Lanang.

Deri releks la sat kat bilik... penat juga sehari suntuk bawa kereta... Dalam jam 5 ptg Deri bawa tiga badik tu ke Danga Bay... depa nak tengok konsert stayfree yang akan dijayakan oleh beberapa artis termasuklah Adam & Mawi.

Lepas hantaq depa kesana, Deri pi cari Masjid Sultan Abu Bakar yang bersejarah tu. Deri ambik gambaq sampai ke maghrib, then sembahyang maghrib kat situ. Kebetulan pula, malam tu ada majlis kesyukuran yang dititahkan oleh Sultan Johor bagi merafa'kan rasa syukur pada Ilahi di atas kelahiran putera/puteri kepada Tengku Mona. Namun Deri tak berkesempatan untuk join sebab kena balik ke hotel secepat mungkin. Leeina dah balik dari Kota Tinggi, tengah tunggu kat lobi hotel sebab tak dak kunci bilik.

Lepas mandi, sembahyang & releks sat, kami berdua keluar ke ruang makan hotel. Leeina ada temujanji dengan Sdr. Hamdan, seorang wartawan dari paper Kosmo untuk berbicara tentang waris Tun Teja yang dikatakan berada di Johor. Sambil bercerita tu, kami makan dengan lahapnya.... lapar gilos...!! Sejam lebih kami berbicara...

Dalam pukul 11.00 malam, kami bertolak ke Danga Bay untuk fetch adik badik bertiga tuh.... Mata dah ngantuk tak sangga, tapi kena pi juga laa..... Balik saja ke hotel... gedeboom...!! Tidoq tak sedaq mana-mana....!!

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.