Hai kawan-kawan!
Hari ni adalah birthday saya. Tapi saya sekarang ni masih demam lagi. Biasalah..setiap kali nak bertambah bulan ni saya mesti demam. Saya masih belom pandai jalan lagi, tapi akhirnya saya sudah merangkak. Kehkeh. Atuk saya ketawakan saya sebab saya dah setahun baru nak merangkak. Orang lain dah berlari dah. Tapi takpela mama saya cakap. Sebab saya merangkak pun dia tak larat nak kejar. Gigi saya baru ada 2 batang tapi suka gigit orang. Hari tu saya gigit abang uzair kat tempat mak saim sampai lebam pipi dia. Kesian betul.
Saya juga nak ucapkan terima kasih pada semua yang wish saya happy birthday. Juga happy birthday utk Auntie Jihan yang birthdaynya sama hari dengan saya!
Sempena birthday saya, mama saya buat cupcakes dan kasi pada kawan2 lain di rumah mak saim. Saya pun dapat makan jugak. Hihi. Saya terdengar abah saya cakap minggu depan nak bawak kita orang pegi genting pulak. Bestnya!
Hurey dah setahun!
Inilah gambar terbaru saya dibuli mama saya kena pakaikan scrunchy
Bersama sarung kamera mama saya. Hihi.