New generation and new revolution...
siapa sangka bila kita berhijrah ke tempat baru memungkinkan kita merasakan bahawa agak takut dan segan dengan persekitaran yang akan kita tempuhi. Peralihan dari satu jawatan dan tempat kerja merupakan tekanan yang sering dihadapi oleh golongan muda. Namun, aku akui tekanan ini hilang dan disambut begitu mesra dan tawa riang yang seperti jauh ku idamkan. Alhamdulillah, perubahan ini berjalan lancar dan menambahkan lagi kawan-kawan baru yang aku kira beruntung untuk mengenali mereka. Malah, kehadiran mereka dalam diari kehidupan ku ini akan ku pahat dan ku coret segala kisah suka dan duka bersama. Salam persahabatan buat kalian, semoga kita semua bekerja keras untuk kebaikan UTeM dan kesejahteraan kehidupan dianugerahkan kepada kita sebagai umat manusia yang sentiasa cuba perbaiki kehidupan agar lebih baik. Amin!