Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Victoria Park...memang cantik bangunan dia..

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Victoria Park memang



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 16-Feb-2008 22:18
Jalan-jalan makan angin di Bath, UK
Jalan jalan makan siri pertama membawa kami ke Bath, UK. Ni kira first trip kami la. Walaupun kami duduk kat Bristol, bandar Bath merupakan destinasi pertama kami. Sebabnya, ramai orang kata bandar Bath cantik menarik. So, walaupun belum round Bristol, terus ja gi ke Bath.

Memang tepat apa yang depa dok cakap. Bath memang bandar yang cantik dan bersih, berbanding dengan kebanyakkan tempat di Bristol. Sedap mata memandang la katakan. bangunan tersusun rapi, jalan-jalan pun bersih, tepi jalan pun bersih. Lagipun dia banyak pelihara bangunan lama dan mengekalkan konsep lama pada bangunan baru. Tu apa yang kami nampak la..

Kat Bath jug banyak bangunan yang unik dia punya rekabentuk. Sempat gak la kita orang gi dua tiga bangunan tu...tapi sorry la tak ingat sangat nama bangunannya. Ada bangunan pentadbiran, gereja, muzium, dll.

Antara tempat paling glamour kat situ ialah Roman Bath. Dengar citer nama Bath tu sendiri pun di ambil sempena sejarah Roman Bath. Betoi ke tidak tak tau la. Roman Bath merupakan antara peninggalan pentadbiran Kerajaan Roman di England. Kat situ ada kolam mandi air panas, tempat suci/pemjuaaa, kuil, pejabat pentadbiran, bilik sauna dan macam-macam lagila. Masuk kat situ best gak la. Nampak macam simple ja, tapi dlm bangunan tu dia orang buat macam galeri, pelihara sebahagian daripada peninggalan zaman Roman dulu tu. Yang bestnya, masa masuk tu kat kaunter depa tanya kita nak audio device dlm bahasa apa? kami dr mana? kami pun cakap la dari Malaysia. Sekali......dia ada penerangan dalam bahasa melayu la...terkujat gak. Cuma dia kertas ja la...tak dak la dlm bentuk audio macam bahasa lain. Kurengnya sikit...masuk mahal sikit la...12 GBP/orang..mahal tu. tapi takpa la, sekali dlm seumur hidup...lagipun kalau orang tanya pasal Roman Bath, kita org dah masuk dan boleh la citer sikit sebanyak....selebihnya..tengokla gambar-gambar yang disertakan..

Antara tempat lain yang menarik ialah di sekitar Victori Park. Kat situ ada taman yang cantik, pusat permainan kanak-kanak yang agak besar, bangunan yang cantik, padang golf mini yang boleh kita main, kasi makan burung/itik...best gak la..scene pun cantik...tengok la gambarnya...


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.