Entry kali ni mengenai aqiel g jalan2 ke Cottesleo Beach pada ujung minggu lepas iaitu hari sabtu..
Sebelum ke Cottesleo Beach, Aqiel g amik Ayah Chik dulu kat Nedlands..
Aqiel bertolak agak lewat dari rumah., sbb mama aqiel masak untuk makan lunch kat beach..papa aqiel pulak masak untuk makan malam kat umah..papa kata masak siap2..balik dari beach nanti tak payah masak dah..so kami pun bertolah kul 12 dari rumah..
inilah permandangan sepanjang perjalanan ke rumah ayah chik yang mengambil masa lebih kurang 20 minit..cuaca hari ni sangat baik tetapi sgt windy..smpi swan river pun berombak..tiba di mount bay road, aqiel nampak ada bot..rupa2nyer river shuttle dari perth city ke frementle..best nyer kalau dapat naik..takpelah..nanti bile2 aqiel nak ajak papa n mama naik river shuttle tu..
smpi umah ayah chik dalam kul 12.20pm..masa tu baru masuk waktu zohor..so mama, papa ngan ayah chik g solat dulu..solat kat dalam UWA..
inilah winthrop hall..mama,papa ngan ayah chik solat kat belakan winthrop hall ni..ade musolla perempuan n lelaki..sambil2 tu aqiel tgk la keliling UWA ni..jangan jelas..aqiel dah masuk uni tau kecik2..
dah lepas solat, baru lah kami bertolak ke cotesloe. smpi je kat cottesloe beach aqiel tdo..heheh..papa,mama n ayah chik lunch dulu..aqiel saje je tdo bagi peluang papa n mama lunch..nak tau tak diorg lunch apa??? diorg lunch squid,fish n potato wedges with coslaw,mashed potato n baked beans...yum..yum..pas aqiel bgn, aqiel lak makan..2 keping aqiel makan tau..

pas makan baru aqiel tgk permandangan kat sini..cantik tak??cantik kan.. laut dia warna hijau biru..pasir kat sini halus macam gula halus..putih..tapi kat sini kene hari2 ramai yang tgh sun bathing..tapi aqiel jaga mata..aqiel tak pandang lansung tau..kuat iman aqiel..
lapas tu aqiel , mama, papa n ayah chik amik gambar..kalau tgk gambar tu mesti tau angin dia kuat sgt..tgk lah tudung mama aqiel ngan rambut papa aqiel..hehehe..mengerbang semacam..angin kuat sgt smpi pram aqiel pun boleh gerak sendiri..tapi tu kalau aqiel tak ade dlm pram la..
dah puas bergambar..kami pun balik..tapi papa drive ikut frementle..tapi kami tak singgah mana2 pun.. lalu aje..byk jgk tempat menarik kat fremantle ni..ayah chik ckp fremantle ni tempat bersejarah..ala2 bandar hilir kat melaka tu..lain kali aqiel datang semula jalan2 kat fremantle ni..so aqiel smpi umah dah petang..aqiel mandi2..makan2..n tdo..
| Quote: |
| east victoria park - south perth - freeway - mount bay road - UWA - scarborough - cottesloe - cottesloe beach - north fremantle - fremantle - leach highway - shelley bridge - Curtin uni - east victoria park |
| Quote: |
tqvw to nhalilah (mama zahirul)+ azue + meorjay for this flower
n i'm going to tag n share this photo to :
1. ibu eriem
2. reen
3. fiza
4. mama afiq
5. sakhinah
6. kak ijan
7. kak lin
8. bunda naddim
9.fizz
10. nuril n the gang
sudi2 lah terima this cyber flower:-D |
| Quote: |
entry tambahan ni adalah kepada sesiapa yang nak tgk mat salleh kat sini terutama kak lin.. kat beach tak boleh amik amik gambar mat salleh kat belakang kita..sbb2 nya ialah pakaian mereka yang tak sesuai untuk tatapan umum..paham2 je lah kalau mat salleh kat pantai..so gambar ni di ambil sblm kitorg turun ke beach..so yang kat atas ni tak berapa seksi n tak berapa muda la.. n lagi satu yang peliknyer mat salleh aussie ni..diorg suka duduk or lepak or baring atas rumput walaupun ade wakaf..kalau perati betul2 gambar kat atas ni..diorg duduk makan bukan kat wakaf tapi sebelah wakaf..kalau nak tau..kitorg je makan kat wakaf n tempat yang teduh..mat salleh lain semua lepak atas rumput n tempat yang panas.. rasenyer mcm kitorg je yang pelik..tapi kalau kat msia mesti yang lepak kat atas rumput yang nampak pelik..betul tak.. |