Majlis yang meraikan kedua mempelai, tasha & ajak berlangsung dengan suasana penuh meriah... Bertempat di Kampung Masjid Lama, Bota, Perak... Ketibaan pihak lelaki lebih kurang pukul dua petang, disambut dengan cuaca yang agak mendung... Mungkin cuaca yang amat digeruni oleh mempelai malah saya sendiri sebagai photographer... seperti yang diduga, selepas sahaja majlis bersanding, hujan turun dengan mencurah2... namun saya tetap menjalankan tugas saya dalam merakamkan saat-saat indah kedua mempelai... tapi yang pastinya, sesi outdoor nya tak dapat saya laksanakan... tak apa... hari esok masih ada... majlis bersanding dipihak lelaki pulak yang akan menyusul... kepada tasha & ajak, semoga bahagia hendaknya hingga keakhir hayat...