Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


gambar diambil masa kenduri tika 16 Dec 07
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
gambar diambil masa
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 19-Apr-2008 06:28
My Daddy
Marzuki bin Salleh
6 Julai 1944-19 April 2008 (12 Rabiulakhir 1429)




Dia sudah kami anggap sebagai atuk kami walaupun dia hanya adik ipar kpd nenek kami. Kami tidak pernah kenal atau berjumpa dengan atuk sendiri belah mama sebab dia sudah lama meninggal, sejak mama remaja lagi. Jadi, dari kecil kami mmg hanya kenal dia sebagai atuk. Duduk serumah di rumah kampung yang besar sehinggalah family kami berpindah ke rumah sendiri.

Kami memanggilnya “daddy” sebab dari kecil kami mendengar anak-anaknya memanggil nya sebegitu. Isterinya (adik nenek kami) kami panggil "mummy". Panggilan itu lekat sampai kami semua sudah besar. Dan semua org kata since saya cucu yg sulung belah mama, saya merupakan cucu kesayangan daddy. Even bila saya sudah besar, sudah bersuami dan mempunyai anak sendiri, dia masih anggap saya seperti budak kecil.

Daddy sudah menderita sakit tekak sejak 2-3 tahun kebelakangan ini tapi die berkeras tak mahu ke hospital. Tapi tahun lepas, sakit nya makin teruk dan die akhirnya bersetuju untuk ke hospital. Doktor mengatakan ada ketumbuhan di tekak nya. Dia dibedah untuk membuang peti suaranya tahun lepas.

Sejak itu, hanya pen dan kertas menjadi alat untuk nya bercakap. Mulai awal tahun ini pula, dia mula menjalani rawatan kimoterapi kerana penyakitnya sudah sampai tahap 4. Maybe akibat penyakit yang sudah teruk, rawatan kimo tidak memberi kesan kepada nya,.

Dia mula mengalami pendarahan teruk sejak Khamis lepas. Darah tidak henti-henti keluar dari hidung dan mulutnya. Dia dibawa ke hospital untuk emergency operation pada pagi Jumaat. Anak sulungnya, yang kami panggil Wa San sudah dipanggil pulang dari KL.

Kami adik beradik serta mak saudara kami (adik mama) anak beranak mula pulang ke Kuching pada Jumaat malam. Pagi Sabtu, baru kami dapat melihatnya dari dekat di wad ICU. Tak sangka jumpa daddy dalam keadaan seperti itu. Walaupun doktor sudah menutup mulut dan hidungnya menggunakan kapas, tapi masih nampak darah menitik ke badan nya.

Daddy dibawa sekali lagi ke dewan bedah pada pukul 1 tgh untuk doktor mencari jalan untuk menghentikan pendarahannya tetapi doktor sudah awal-awal memaklumkan bahawa pembedahan itu berisiko tinggi. Setelah hampir 2 jam di dewan bedah, doktor akhirnya keluar untuk menyampaikan berita yang daddy sudah tiada. Pendarahan nya terlalu teruk, di mana setiap salur darah yang cuba ditutup, tidak sampai 5 saat, salur darah lain pula pecah.

Kami redha dengan pemergian daddy. Allah lebih menyayanginya.

Daddy,
Bersemadilah dengan aman. Semoga roh daddy dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Tini sayang dengan daddy.

Al-fatihah.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.