Seperti tahun2 yg sudah, kampeni saya Teliti Computers Sdn Bhd telah mengadakan aktiviti tahunan bermesra dgn anak2 yatim dari Rumah Anak2 Yatim Sekendi. Aktiviti ini diadakan pada hari Sabtu yg lalu. Pada tahun ni sambutannya agak berbeza yg mana kami tidak mengadakan sambutan tersebut di sana, tetapi menjemput mereka ke Bukit Cahaya Shah Alam. Acara ini dikelolakan oleh pihak Kelab Insan & Sosial Teliti (KSIT) yg bertanggungjawab menguruskan perjalanan aktiviti tersebut.
Ini kali kedua saya turut sama dlm aktiviti bersama anak2 yatim ni, seronok jugak sebenarnya. Tahun lepas merupakan kali pertama, dan saya bawak sekali isteri dan Nafisa. Kali ni pun saya bwk mereka sekali, maklumlah, plan nak bwk nafisa mandi pool cadang nya
Acara bermula lebih kurang pukul 11 pagi dengan ketibaan AJK KSIT dan staff2 yg terlibat. Gerombolan anak2 yatim tiba agak lewat berikutan masalah pengangkutan yg tak dpt dielakkan. Kami pun lepak2 dulu sambil bersarapan dan bergambar serba sedikit, tak sabar menunggu acara nak bermula.
Antara aktiviti2 yg dijalankan pada hari itu ialah telematch, lawatan ke Rumah 4 Musim, penyampaian hadiah, acara mandi di pool dan jamuan makan. Saya dapat lihat kesemua mereka gembira. Nafisa pun tumpang seronok main dgn kakak2 dan abang2
Kita jumpa lagi tahun hadapan!
Firman Allah:
Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya”, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Baqarah: 220)