Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Porto Malai..tempat berlepas

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Porto Malai tempat



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 17-Apr-2008 09:30
CuTI-CuTI LaNGkAWI - HArI Ke DUa...
Pada hari ke 2 jejak terus di atur..kali ini kami ingin merasai keindahan pulau-pulau yang berada di sekeliling Pulau Langkawi..Masalah pengangkutan air bukanlah masalah utama di pulau ini..banyak syarikat yang menawarkan pakej melawat pulau-pulau berdekatan..Kami menyusur melalui air dan destinasi pertama ialah Pulau Dayang Bunting...Pulau ini di gelar sebegini kerana bentuk pulaunya adalah bentuk seorang perempuan sedang terbaring dalam keadaan mengandung..keunikkan pulau ini adalah juga kerana ia merupakan sempadan antara kuala sungai dan laut..tempat pertemuan air ini sungguh unik kerana jika kita berada betul di pusat pertemuan air ini kita akan mendapati air tawar dan air masin dalam keadaan tidak bercampur..pelikkan..aku tak pernah rasa air ini..namun ketika aku kunjungi pulau ini pada tahun 1991 aku pernah merasai keunikkan ini...

Apabila mendarat di Pulau Dayang Bunting kami menuju ke tasik pulau ini yang jarak perjalanan berjalan kaki lebih kurang 10 minit..alahai jalan pula turun naik bukit...di tasik tersebut ada disediakan perlantar yang luas...sekiranya kita melabuhkan kaki kita di dalam air tasik ini kelihatan gerombolan ikan keli yang banyak akan mengerumuni kaki kita sambil menggigit-gigit..alahai sedapnyaaaa..urut special ni...bagi yang ingin melihat tempat pertemuan air ada disediakan jambatan menuju ke tempat tersebut..banyak hidupan alam dapat di lihat disepanjang jalan tersebut...sungguh indah dan menakjubkan..terasa keajaiban ciptaan tuhan...

Dari Pulau Dayang Bunting kami menuju ke perairan Pulau Singa yang merupakan tempat habitat burung helang..beratus-ratus burung helang akan mengerumi kita seandainya dicampakkan makanan seperti kulit ayam kedalam air..pelbagai burung helang kelihatan..macam tidak percaya begitu banyak burung helang di pulau ini..sebab itu Pulau Langkawi awal namanya adalah bermula huruf LANG....

Dari situ kami singgah di Pulau Beras Basah untuk berehat dan mandi manda...keindahan pulau ini pula selain pantainya yang cantik ia juga tempat puluhan monyet yang jinak dan sentiasa mendekati pelawat yang menawarkan makanan..tapi awas kena hati-hati kerana antara monyet-monyet yang datang kepada kita itu temasuk ketua kumpulan monyet yang kelihatan begitu ganas dan mengawal anggota kumpulannya dari diganggu oleh monyet lain...

Setelah penat belayar seharian kami pun pulang ke hotel untuk berehat dan mandi manda di kolam hotel untuk memulihkan tenaga untuk XPDC seterusnya..

Pada sebelah petang kami menjelajah pula Telaga Tujuh di Pantai Kok..perjalanan ke Telaga Tujuh adalah amat memenatkan kerana kedudukkannya yang jauh dan berada di kedudukkan tanah tinggi...perjalanan berjalan kaki kesana memakan masa 20 minit..namun penat berjalan terasa berbaloi dengan keindahan tempat tersebut..terdapat tujuh telaga yang besar menampung air dari kaki gunung..airnya amat sejuk dan bersih..tiada pencemaran berlaku..angin beriup sungguh menyegarkan..boleh terlelap sekiranya kita leka menikmati keindahan alam dan keindahan panorama sekeliling..



















































© Pidgin Technologies Ltd. 2008.