Woaaa.... rasanya dah 4 minggu tak jenguk FP sendiri ni, dah naik bersawang & ada jugak yang reinduwww kat kita yeww
Sorry la ek.... semenjak dua menjak ni rasa macam tak cukup je masa kerja 8 jam. Tu yang selalu terlajak balik pukul 6. Kalau time nak gaji sure kekadang tu sampai kul 6.30. Sampai honey bunny tu pun last week dah perli, "baru pukul enam, dah nak balik?" Chehhh... siottt jek dia pekenakan kita . The next two day pulak, sebelum dia pekenakan kita, baik kita kenakan dia dulu, "I dah nak balik ni. Ingat nak tidur kat office. Tapi terlupa bawak baju & bantal", hahhhh padan muko dia time dia balik lambat pulak, lagi seronot menyakat "Ehhhh.... I ingatkan you dah pindah duduk kat office "
So.... inilah kisahnya sejak lebih 5 bulan yang lalu. Dah bekerja semula. Kali ni bukan lagi jadi secretary macam yang lalu-lalu tu. Tapi sebagai Head of HR & Accounts Department. Balik kerja, dah tak larat nak online. Even selalu tak dapat habiskan episod drama bersiri Korea. Selalunya jam 9.15 dah terlena. Sekarang ni masak pun tak de semangat tau. Sebenarnya jaranggggggggg sekali masak
Kali ni nak tayang kat korang semua aktiviti bulan Februari lalu. Ni ada gathering dengan geng food. Buat kat Vistana. Layan blues ye