Rabu - 9 April 2008
-----------------------
Trip kali ni pergi sebab nk melawat Bai yg dah sebulan lebih outstation kat Jakarta. Sebab dia tak leh nk balik aku je la yg kene pegi sana, amik flight ari Rabu kol 9.am. Flight 2 jam tapi sebab Bandung +7GMT, sampai kat Airport Hussein Sastranegara kol 10.10am waktu sana. Bai dah tunggu kat airport. Sini tak berapa sistematik nk amik luggage kene berebut2 skek sebab kastam akan amik satu2 beg sape punya angkat tangan.. hehe
Lepas kuar airport kitorang terus proceed ke Lembang untuk ke destinasi pertama - Gunung Tangkuban Perahu. Sini kene sewa kereta ngn supir nye skali, unless ada international license la.. sebab strict skek. Lagipon senang ada driver dia tau jalan n mane nk pegi. Charge sewa kete sehari dalam rm100 + driver - kira ok la.. pastu petrol kene isi duit sendiri.
On the way ke Gng Tangkuban Perahu, singgah jap kat kedai makan kat Lembang. Nak try local food dia - sate kelinci (arnab). Makanan dorang byk masakan Sunda, bagi aku mmg sedap giler compared to Padang Food. Harga pon murah kira cam standard kat mesia la lunch sorang dalam rm5-rm6.
Sampai kat Gng Tangkuban tengahari, suhu sejuk dalam 18ºC ikot jam aku. Nak masuk ke Gng Tangkuban ni entrance fee dalam 35k rp sorang (dalam rm12), tapi sebab driver kitorang Pak Fiqi yg sporting tu cakap kitorang local dapat la sorang 15ribu rp (dalam rm5+) campur entrance fee kete 5k rp.
Kawah Ratu
Jalan2 kat sini kene tahan nk tolak penjual2 yg sentiasa insist kita beli souvenir dorang, kalau nk beli make sure tawar harga dulu. Kalau tanak beli cakap je tanak, dorang paksa pon wat dek je.
Nak turun ke Kawah Domas ni sebenarnya tak yah guide, tapi sebab tourist dorang push gak kene pakai guide, kalau tak x leh turun. Mula2 x jadi nk turun sbb kene bayar 150k rp sejam (dlm ~RM50+ sejam), tapi lepas kautim2 dapat 80k (RM30) round trip. Nak turun dan terus keluar amik masa dalam 1 jam lebih - 2jam, termasuk benti2 amik gamba, lepak2 kat kawah Domas, rendam2 kaki. Trek menurun je sampai Domas.
sulfur facial
Lepas puas lepak kat situ sambil rendam2 kaki ngn buat facial, kitorang keluar balik utk ke Ciater. Kat Ciater ni ada Sari Ater hot spring, pusat hotspring yg femes kat sini. Boleh mandi manda, entrance fee pon sorang dalam 12k rp. (RM4) Kitorang tak mandi takat jalan2 jek tgk org2 mandi. Ramai gak kat sini walaupon ari Rabu. Lagi satu, org jual aiskrim akan konon2 jadi guide tunjuk2 jalan pastu suruh beli aiskrim dia. Aiskrim dia satu 15k rp (dekat rm5), padehal aiskrim cornetto biasa je, tapi kalau nk beli pon ikot suka la. Byk gak aktiviti kat hot spring ni cam ATV, flying fox, etc.. tapi kitorang sampai dah kol 5 byk dah tutup.
Sari Ater Hotspring
Next, plan nk terus pegi Puncak Pass, tido kat sana. Sebelum tu, makan malam dulu kat Bandung kat rest Kabayan, try makanan dorng yg lain plak. Menu : Ayam Kalasan, Tungsing Kambing, tauhu goreng, nasi merah, sayur. Sume nye sedap dan berpatotan. Lepas makan kenyang2, terus proceed ke Puncak - amik masa dalam 3 jam. Jalan macam naik Cameron Highlands, seb baik aku tido kalau tak mesti pening. Sampai Puncak dalam kol 11pm suhu dalam 14ºC, sume tpt da tutup, kedai makan pon.. esok je la sambung aktiviti...zzzzz