Lembu Kedah Kelantan atau singkatannya KK adalah sejenis lembu pedaging baka tempatan yang banyak terdapat di negara kita ini. Daripada mana asalnya lembu ini masih menjadi perdebatan kerana tiada kajian yang konkrit tentangnya. Walaubagaimanapun fizikal lembu ini adalah hampir sama dengan lembu Thailand Native dan Yellow Cattle dari China.
Ciri-ciri
- kulitnya berwarna perang kemerahan
- kadar kelahiran 90-100%
- berat lahir 14 kg
- berat dewasa 300 hingga 400 kg. Jantan boleh mencapai 500kg
- umur matang 18 hingga 24 bulan, bergantung pada tahap pemakanan
- mempunyai ketahanan yang tinggi pada penyakit, cuaca dan pemakanan tempatan.
Boleh dilihat dalam Pameran Ternakan Hidup sempena MAHA 2008 nanti.