Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 14-Apr-2008 00:16
PTK oh PTK


Agak lama tidak berada di atas talian. Seperti yang kebanyakan sahabat maklum, ketiadaan ini bukanlah disengajakan. Saya memerah otak dan tenaga menjalani Kursus (dibaca peperiksaan) Penilaian Tahap Kecekapan 4 (PTK4) dari 2-11 April yang lalu. Berbanding PTK3, PTK4 ditambah sedikit kesukarannya kerana peserta perlu lebih bersifat analitikal di dalam membuat pembentangan atau menjawab soalan.

3 hari yang pertama peserta dimomokkan dengan ceramah yang lebih menjurus kepada komponen umum. Diikuti beberapa hari untuk bercakap dan diakhiri dengan peperiksaan pada hari terakhir. Part bercakap ini dibahagikan kepada 4 perkara, pengucapan awam Bahasa Melayu, English public speaking, individual presentation & group presentation. Topik hanya diperolehi pada hari kedua kursus. Maka berhempas pulaslah saya pada hari cuti Sabtu untuk membuat persediaan bercakap atau berceramah ini.

Terus terang saya amat lemah di dalam bahasa penjajah ini. Sikap tidak mengambil berat di dalam mata pelajaran ini semasa bersekolah menengah dahulu akhirnya mendatangkan kesusahan kepada saya di alam pekerjaan ini. Justeru saya berpesan kepada adik-adik yang masih di alam persekolahan agar mengambil berat semua matapelajaran yang diajar guru. Ketika belajar mungkin terlintas di fikiran kita tidak akan menggunakannya semasa bekerja nanti. Namun percayalah apa yang kita pelajari pasti ada gunanya nanti.

Sebenarnya sebelum datang ke kursus ini saya telahpun bersedia dengan tajuk Malaysia; Global Halal Hub sebagai tajuk public speaking. Namun tajuk tersebut agak sama dengan tajuk group presentation membuatkan saya berasa serba salah dan mengambil keputusan untuk mengubah tajuk di saat-saat akhir. Kalaulah saya mahir dalam bahasa penjajah ini tentunya saya tidak akan menghadapi sebarang masalah. Akhirnya saya bersedia dengan tajuk, ‘Sejarah Animasi Di Malaysia Dan Sumbangannya Kepada Ekonomi Negara’ untuk pengucapan awam, ‘The Safety In Malaysia Maritime Zone; The Establishment of Malaysian Maritime Enforcement Agency’ untuk public speaking, ‘terrorism’ untuk individual presentation dan ‘First Class Working Culture/Human Capital’ untuk group presentation. Soalan untuk group presentation diundi mengikut kumpulan. Manakala soalan untuk individual presentation pula akan menjadi tajuk penulisan kertas yang perlu disiapkan dalam masa dua minggu setelah tamat peperiksaan. Ini bermakna walaupun telah tamat peperiksaan, saya masih ada tugas yang perlu dilangsaikan.

Peperiksaan tetap sesuatu yang mencabar. Ada 5 soalan yang diberikan yang perlu dijawab dalam masa 3 jam. Penceramah awal-awal lagi dah beri amaran agar jawapan mesti melebihi 4 mukasurat atau bersedia untuk mendapat markah yang kurang atau gagal. Jawapan pula mestilah bersifat analitikal atau mengandungi analisis. Rata-rata peserta macam nak tercabut tangan menulis. Maklumlah sejak lepas universiti dan sejak bekerja dengan komputer, masing-masing dah jarang menulis guna pen. Untuk soalan pertama saya dah bazirkan masa selama 45 minit. Sepatutnya saya perlu gunakan ½ jam sahaja untuk mengelak ketidakcukupan masa menjawab soalan yang lain nanti. Tengah menjawab terasa nak buang air pula…aduh, benar-benar menguji kesabaran. Walaupun berjaya menjawab 5 soalan, terus terang saya tidak berpuas hati dengan beberapa jawapan saya. Masa amat suntuk dan tidak mencukupi untuk menganalisa. Tulisan pula lebih hodoh dari tulisan doktor. Apapun ia telah berakhir dan sekarang masanya untuk bertawakkal.

Terasa lapang sedikit bila peperiksaan habis dan akan lapang betul apabila kertas tugasan siap nanti. Lepas solat Jumaat, saya ke PWTC melihat pameran buku. Saya memang pantang dengan buku. Kalau dah minat dengan sesuatu tajuk, saya sanggup beli walaupun mahal. Dan malam itu badan saya mula rasa tak sedap, tekakpun perit, sehinggalah ketika saya menyediakan bahan untuk entry ini. Syukurlah saya tak sihat setelah berakhirnya peperiksaan….




Panels....

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.