Alahaiiii.....impian makan mee udang Pulau Sayak di Kuala Muda akhirnya tertunai jua...bermula dari jemputan Dr Kuzi & Dr Mokhtar impian kami menjadi kenyataan..malah bertambah berseri pula dengan kehadiran Ustaz Zaki sekali..rupa-rupanya masih ada kesempatan untuk kami bersama seperti kat DC dulu..tapi rasanya kat sini lebih meriah kerana boleh santai-santai dan makan makanan yang sedap-sedap lagi...
Selepas Jumaat kami sekeluarga bergerak terlebih dahulu kerana terpaksa singgah di Seberang Jaya untuk menghantar emak mertua aku ke rumah kakak ipar..Sementara Mokhtar dan Kuzi bergerak lewat sikit tapi kami berjanji bertemu di Tol Sg Petani Selatan...dari situ kami terlebih dahulu singgah di rumah Kuzi sebab Ustaz Zaki janji berjumpa di sana..Ustaz Zaki sebenarnya dari Pendang Kedah kerana menghadiri Majlis Tilawah Kanak-kanak..bayangkanlah Ustaz Zaki yang hendak balik ke KL malam nanti sanggup datang ke Sg Petani untuk bersama kami...itu menunjukkan sikap seorang yang begitu menghargai temannya...terharu kami dengan keperihatinannya..beliau ditemani oleh dua orang kawan baiknya iaitu Ust Razak dan En Tahir..
Ibu bapa Kuzi pula seorang yang sungguh peramah dan kami amat berbangga bertemu mereka..malahan kami dijamu dengan kuih-kuih traditional yang dibeli oleh bapa Kuzi yang kami panggil Pak Ku ...beliau sanggup bersusah payah membeli sejenis kuih di Kuala Muda yang belum pernah aku rasai selama ini iaitu kuih Gedongcak...sedap kuih ni kalau ada kawan-kawan nak rasa bolehlah datang sini....
Pukul 5.45 petang kami semua menuju ke Pulau Sayak untuk merasai kehebatan mee udang Pulau Sayak..perjalanan memakan masa 20 minit...rupanya warung mee udang tersebut terletak di di tepi pantai berlatarkan pemandangan senja yang berlabuh..suatu panorama keindahan tuhan yang amat mengasyikkan..lama sungguh aku tidak menyaksikan keindahan di waktu senja..bagai tidak terasa waktu yang semakin berlalu..anak-anak pula sibuk berkejaran di tepi pantai bermain ombak yang memutih..bermain kulit-kulit kerang dan siput yang hadir bersama desiran ombak pasir..alahai teringat pula sewaktu bermain pasir di Virginia Beach..cuma disini lebih mengasyikkan dengan haruman kesedapan mee udang...mungkin tiada perempuan cantik ditepi pantai tapi mee dan udang yang segar mampu melupakan dunia buat seketika...
Kenangan yang sungguh indah bagi kami selepas balik ke Malaysia...impian kami untuk bersama-sama semua kawan-kawan DC yang lain semakin bersemarak...kami berjanji untuk sama-sama mencari masa dan meluangkan waktu untuk pertemuan seperti ini..insyaalah dengan semangat kawan-kawan semua kami akan melaksanakan aktiviti sebegini selepas segala urusan kami di KL selesai..paling tidak aktiviti mingguan kami kawan-kawan di KL tetap berlangsung..kat KL semuanya berkampung di sana...kembalilah kawan-kawan di DC ..kami semua menunggu kalian semua balik..