Seperti yang dirancangkan hari ni kami akan balik kampung..seperti biasa pagi ni aku akan pergi ke pejabat terlebih dahulu untuk urusan kerja yang belum beres..sementara anak-anak aku pula dengan aktiviti biasa mereka dalam masa seminggu ni..apalagi mandi kolamlah...Pukul 12 tengahari aku kembali ke hotel untuk check out...nasib baik saudara kembar aku ada untuk angkat beg-beg aku yang banyak tu dan tumpangkan kat rumah dia..dan yang paling ok sekali abang aku tu pinjamkan kereta NAZA Ria dia yang baru beli sebulan untuk aku gunakan untuk balik kampung..sebelum tu Kuzi ada offer keretanya ketika aku kat kampung...itulah banyak betul pertolongan orang nak beri...belum bertolak lagi Zainal PennState dah talipon balik nanti singgah kat rumah mak mertua dia di Ipoh nak jamu aku makan..alahai Zainal TQ...tapi aku beritahu tak boleh singgah sekarang ni dan aku janji akan singgah bila aku dalam perjalanan balik ke KL nanti..
Dalam perjalanan memandu di negeri Pakatan Rakyat ni banyak perubahan yang aku lihat..jalan-jalan aku tengok sepanjang jalan ada aje kerja ubahsuai..nasib baik kereta tak banyak kalau tidak tentu jem..kemudian singgah sekejap di Jambatan Perak..untuk hilangkan mengantuk..makan confirm kena..tengok mee sup ada..terus pekena...rasa boleh tahan juga..tapi kalau Yati atau kawan-kawan lain buat lagi sedap...
Aku pergi rumah mak aku dulu...tapi mak aku pula tak ada...nasib baik rumah abang aku kat situ..Anak-anak aku menerpa keluar..first time sampai kg dalam masa terdekat ni..Aidil pula yang kelakarnya terus cakap..nak coconut..maaai..rumah mak aku memang banyak pokok kelapa..tapi galah panjang dah patah..aku cakap kat dia esok abah buat galah dan kait buah..seronok mereka..sempat main badminton dengan sepupu mereka..selepas tu aku pergi rumah mak mertua aku untuk tidur disana..
Tengahari ni aku ada janji nak makan tengahari dengan Kuzi/Mokhtar dekat USM..bestnye lama tak jumpa...