| Wednesday, 9-Apr-2008 07:16 |
|
Hepi 3rd birthday sayang!!! (belated version :P)
|
|
Assalamualaikum
Alhamdulillah,our nurnathifa humairah sudah pun menginjak ke umur 3 tahun pada 23/3/08 yang lalu.(sory gambar lambat sgt update )
Sambutan untuk hari lahir humairah,kami tak buat apa2x sgt.Cuma malam birthdaynya adalah saya sediakan sepotong kek yang dihias dgn kartun( hasil idea ibu yg sgt kreatif kununnyalah ) untuk kami abadikan dalam gambar.
Dia pun bukan main seronok.Asyik tanye,"ni besday tifa ke?ni kek tifa ke?".
Perkembangannya.....
sgtlah berkembang otaknya,tingginya,vocabnya,karenahnya.Pendek kata semua2x berkembanglah.Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana dia membesar dengan begitu sihat dan cerdas.Kadang2x sampai tak terlayan.Rasanya,tidak pernah sedikit pun saya menyesal membuat keputusan untuk menjadi full time mother and housewife.Sangat berbaloi dan sangat banyak hikmah dan rahmatNya.
Kalau dari segi kemajuannya homeschooling,alhamdulillah.Maklumlah belajar dengan ibu sendiri(manja dan byk karenah).Dah tu banyak pulak gangguan2x lain(mainannyalah).Saya tak berapa suka nak memaksa.Biarlah dia.Cuma setiap hari saya cuba untuk mengajaknya mengadap buku2xnya walau pun sekadar melihat je.Setakat ni no 1 hingga 10,dia dah hafal dan kenal.Cuma no 11 hingga 20 dia cuma kenal je.Belum menghafal lagi.kalau a,b,c pulak stakat sampai 'g' dia hafal tapi dia kenal a - z .Kalau huruf jawi ni baru alif,ba, ta jek.Apa2x pun Alhamdulillah.Kira oklah untuk umur 3 tahun yang homeschooling.(nak sedapkan hati sebenarnye ).
Our nurnathifa humairah dah diapers free sebenarnya.Totally 'free'.Dah dekat 2 minggu kot.Hadiah sempena hari lahirnya ke 3 agaknya.Alhamdulillah,jimat...jimat.
Balik kampung ayah baru2x ni,neneknya dah sediakan hadiah.Bertambah2xlah happy dia.(teringat pulak kami belum tunaikan janji nak belikan dia basikal,sabar ye sayang).Saya suka hadiah dari neneknya kali ni.'Laptop' kecil untuk dia.Sangat berfaedahlah rasanya.Moga dapat mempercepatkan proses belajar a,b,c nya nanti.
Yang lain2x tu semuanya derma-dermi dari pakcik2x,makcik2x sepupunya.Murah rezeki anak ibu.Walaupun mainan tu 2nd hand,tapi keadaannya elok sgt.Dan saya rasa bagus juga dia belajar menerima je dgn hati yang terbuka tanpa byk soal.Kalau selalu sgt dibelikan yang baru,nanti bila diberi mainan lama2x,dia tak pandai pula nak menerima.
Semoga anak ibu nurnathifa humairah akan membesar dengan sihat dan semoga dia akan menjadi anak yg berjaya di dunia dan akhirat.Aminnnnnnnnnnn.
Selamat Hari lahir ke 3 sayang!
Hepi 3rd birthday sayang!!!
Inilah kek nye ....sooooo small ekkkk.Nanti tahun depanlaa ibu buat besar ye syg
Hadiah from nenek melaka,'laptop' kesukaannya
Pemberian atok sedaranya.Saya sukalah mende alah ni.Sangat best!
With her ottomen n ape tah satu lg tu.Pun pemberian orang.
With her other toy - ala2x sampoa gitu.Yang ni maksu nya yang beri.Mainan maksunya masa kecik.Sekarang dah tingkatan 2 punnnn.Tapi tabik springlah pasal menan ni elok sgt lg.
tuan punya kedai
Dah penatlaa tu main
|