Baru2 ni saya berpeluang menonton persembahan tarian magunatip yg dipersembahkan kumpulan pelajar dari SK Kiawayan, Tambunan, Sabah. Secara tradisi, ia ditarikan oleh suku kaum murut di daerah keningau, tenom dan nabawan, sabah. Tapi kali ini agak istimewa kerana ia ditarikan oleh anak2 dari suku kaum dusun (tambunan)... menunjukkan keharmonian penduduk sabah yg terdiri daripada pelbagai suku kaum dan kebudayaan. Pakaian tradisi yang dipakai juga adalah pakaian tradisi suku kaum murut.