Pernah tengok bunga durian? Mungkin ada yang pernah tengok... Tapi pernah tak makan bunga durian?
Semalam, kami makan malam dengan salah satu lauknya adalah bunga durian. Bunga durian tu dicelur dan makan dengan air asam.... Sedap sangat. Macam taugeh la kot. Kat kampung liza, memang kami biasa makan bunga durian ni... Selain dicelur, bunga durian ni juga boleh digoreng peda dengan cili api + belacan sikit. Juga boleh masak asam bunga durian. Cubalah.. sedap..
Pagi tadi, Liza berkesempatan untuk mengutip bunga durian ni... Sekarang musim bunga durian berkembang. Pagi2, bunga yang dah kembang ni, akan gugur... So, kita bolehlah kutip. Ada sesetengah orang bentang tikar atau plastik bawah pokok durian waktu malam. So, bila pagi bunga tu akan jatuh atas plastik dan senang nak kutip. Lapas tu kena bersihkannya dengan membuang debunganya.... Kalau tak buang, akan berlendir bila masak....
Ni bunga durian yang kembang......
Bunga durian yang gugur atas tanah....
Cara untuk membuang debunga dengan melurutkannya....
Sesiapa yang ada pokok durian kat rumah atau kampung, bolehlah mencuba....
Quote:
Lee Lin - Bukan macam tu la.... Bunga durian yang kembang akan gugur dengan sendirinya dan bukan dipetik. Selepas gugur, bahagian tangkai yang tertinggal akan berkembang jadi buah durian. So, tak timbullah isu kurang buah-buah durian kat negara kita nnt... Jadi tak perlu risau la... Yati - Idea yang bagus tu.. Bolehlah liza cuba nnt. Rinnchan - Betul kak rinn,orang kampung liza memang biasa makan bunga durian ni. Ada sorg member liza org Perak pun kata dia biasa makan gk bunga durian ni... Bolehlah nnt kak rinn cuba