Bagi pengemar makanan asli Indonesia, ini lah tempatnya. Restoran ni baru buka dalam bulan March 2008. Dapat tahu pun dari email ina, dubai.
Sebenarnya tiada perancangan nak ke restoran ni dan tak tahupun lokasi kat mana.
Masa jalan-jalan di karama dan dalam perjalanan nak ke Burjuman mall ternampak pulak Restoran Mutiara ni. Jadi kami terus masuklah…….padahal baru je lepas makan aiskrim N popia( bekal untuk ammar) di Baskin Robin .
Menu enak banget ( tiada MSG katanya), harga reasonable, tempat strategic dan berdekataan dengan station bas.
Sate kambing dan kuah kicapnya ummpphh marveles

. Sup ekor dipanggil sup buntut..heheh first time dengar. Sup ekornya tidak liat dan enak.
Oh ya jangan lupa sediakan cash aa..semasa artikel ni ditulis.. restoran ni masih belum menerima kad kredit. Service charge 10%.
Untuk makluman, mereka ada juga menawarkan package penghantaran makanan tengahari ke opis atau tapak site.
Untuk maklumat lanjut sila lawat
http://www.mutiara_restaurant.com/site_flash/index.html
Insya Allah kami akan kesini lagi.