Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Bandar KT

Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Bandar



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 8-Apr-2008 01:56
Journey to East Cost: Part II
PART II: GANU TO KELATE..

Hari ke 2 di Kuala Tganu.. Ahad 30.03.08
Pagi breakfast kat cafe resort.. Foodnya hanya ok sahaja.. kalu rate 5 bintang aku cume bagi 1 1/2 bintang je.. paham2 je la apa maksudnya tu.. tak banyak choice sgt.. even nasik dagang pun xde.. Dear hubby lepas temankan breakfast move ke TER. Aku plak sorong stroller Zahirul kat tepi pantai.. punye la susah nak stroll kat pasir pantai tu.. bila dah puas.. balik ke bilik, mandikan n tidokan Zahirul.. aku pulak bukak laptop n buat homework.. "student' lagik la katakan.. tu yg berlambak cikgu bagi homework.. huhu..

Tengahri tu checkout dr bilik.. mulanya nak stay lama skit samapi pkl 12.45 ke.. tunggu dear hubby dtg masa lunch break, pastu org kat reception tu dah tepon.. "cik, dah lewat masa nak checkout ni.." bosan betul..baru je pukul 12.15.. apalagik.. aku pun kuar la checkout.. macam kena halau la pulak.. Ingatkan nak stay 2 mlm kat BBBR tp masa Wan Heman (partner Hubby) booking bilik lupa nak bagi tau.. bilik fully book hari Ahad tu.. pelik gak.. Ahad kan hari berkerja kat ganu.. pikir punye pikir.. baru teringat yg hari tu MB baru nak angkat sumpah.. Mak aaii... beria betul org ganu, maybe bukan setakat Adun je yg datang.. penyokong.. ketua kampung.. org kampung.. adik badik sure ikut sama.. tu yg xde bilik.. huhu..

Kami menginap pulak kat Primula Beach resort.. ekceli kami suka dok kat sini.. biasanya kalu dtg ganu mmg dok kat sini..


lepas check in.. hubby balik semula ke TER.. aku pulak layan astro. sementara nak tunggu kawan datang nak jenjalan kat pantai.. zahirul punye la sonok.. ke sana ke sini.. Mak oooiii.. tak reti dok diam itu budak..


Sambil2 tu amik gambo dr bilik di tingkat 7.. cantik kan view dr atas ni.. ni pakai camera cikai je.. kalu dapat 40D.. mau lebih debooom.. huhu.. ni je yg mampu..


ni pulak masa aku jumpa Kak Jem.. best Friend masa dok umah sewa kat Bangi.. dia ni tengah amik course diploma pendidikan kat KUSZA yg skrg ni dikenali ngan UDM.. Kak Jem datang ngan Kak Nora n Fara.. tak pegi memana pun cuma makan ikan n sotong goreng kat food court pantai batu buruk (sedap woo.. ikan fresh.. sotong fresh..sotong punye la besar..) perut dah kenyang, pastu dok tepi pantai batu buruk.. layan angin pantai..


Ekceli masa nak amik gambo zahirul ngan kak Jem tu punye la susah nak suh dia tengok camera sbb mata asik je mandang kat benda ni... ralit betul dia tengok.. bila dah pndai mintak itu ini.. mau dia mintak kat aku suh beli benda alah ni..


Petang gi shopping kat Pasar Payang.. punye la sakan.. tambah nak cepat sbb masa tu dah pukul 5.30ptg.. tak sempat nak amik2 gambo.. Malam tu lepas Maghrib kami pegi ke Kuala Ibai.. makan seafood.. Zahirul masa tu tido.. senang nak makan.. Apa yg kami makan?? tu dia.. macam2 ada..



Isnin 31.03.08
Esoknya lepas breakfast n rehat kat bilik, checkout utk teruskan perjalanan ke Kelatan pulak.. masa ni tengah tunggu dear hubby settlekan payment kat kaunter.. aku pun snap la gambo zahirul..


pastu aku n zahirul plak.. lama gak x gambo berdua ngan zahirul.


Skrg ni kami bergerak dr Kuala Terengganu ke Kelantan melalui Penarik.. Setiu.. Kuala Besut... dan Memasuki Kelantan.. ke Tok Bali.. Terus Ke Gunung, Bachok.. Kalau nak ke Kelantan dr KT ada 2 pilihan samada nak lalu jalan pantai atau jalan biasa.. kami memilih jalan pantai.. Di Penarik, sangat cantik.. Jalan tepi Pantai.. kat area pantai ni diorg ada buat program penetasan telur penyu.. kami singgah jap sbb teruja sgt tengok laut yg jernih.. hijau je airnya..


sempat lak bergambo tu..


Masa ni singgah di Kuala Besut untuk beli keropok ikan.. otak-otak.. dan juga sata.. sedapnye sata yg makcik tu buat..


selepas melalui Kuala besut.. kami mula memasuki Negeri kelantan... Singgah jap di Pasar Siti Khadjah sbb nak carik bberapa barang..


On the way ke Bachok dr Kota Bahru.. ternampak la pulak restoran ni.. kelako pulak bila baca signboard nama kedai dia.. boleh tokei kedai ni pikir nama cenggini.. kreatip gak.


Pastu terus menuju ke umah FIL di Gunung, Bachok.. ok dah sampai pun..


Ni apa pulak nih?? sape punye kaki nih?? kuikui!!!


Esoknya Selasa, kami bertolak balik ke Seri Kembangan melalui Machang, Kuala Krai, Gua Musang, Merapoh, Raub, Bentong pastu sampai la kami di Selangor.. Mak aiii.. jauhnye perjalanan..Ni gambo masa pjalanan balik.. d Jalan Kuala Krai menuju ke Gua Musang..


tamaaatt... Jauh betul pejalanan.. lepas ni nak ke Selatan plak..

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.