Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sesuai dalam sistem Stall feeding
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Sesuai dalam sistem



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 7-Apr-2008 23:59
Mafriwal
Aku sedang mencari-cari 28 jenis baka lembu dan 24 jenis baka kambing serta bebiri untuk dipamerkan dalam MAHA 2008. Ini adalah calon pertama:
Jenis baka lembu: Mafriwal.
Merupakan lembu tenusu kacukan Friesian (lembu temperate) dan Sahiwal (lembu tropika) yang menggabungkan kebanyakan ciri-ciri terbaik kedua-dua baka. Kerana ia dibangunkan di Malaysia maka ia dipanggil Mafriwal ( Malaysian Friesian-Sahiwal).
Dimulakan kacukannya pada tahun 1980an di ladang-ladang Jabatan Perkhidmatan Haiwan bertujuan untuk menyediakan baka tenusu yang stabil dan efisien kepada industri ternakan Negara. Mempunyai tahap kesuburan serta pengeluaran susu yang baik untuk lembu tropika, senang diurus disamping tahan cuaca panas serta kelembapan tinggi dan serangan penyakit lazim negara kita. Ia sesuai dengan bahan makanan tempatan. Perangainya juga jinak dan tidak ganas atau liar. Boleh didapati diseluruh negara kita terutamanya di ladang tenusu milik Jabatan di PTH Air Hitam di Kluang, Johor.
Ciri-ciri:
- kulit berwarna hitam bertompok putih, ada juga yang coklat bertompok putih
- peratusan darah Freisian antara 50% hingga 75% (Jabatan ada program pembiakan khas untuk mengekalkan peratusan darah Freisian ini)
- kadar kelahiran 80-85%
- berat lahir 25 kg
- berat dewasa 500 - 700 kg
- umur matang 18 bulan
- purata pengeluaran susu (305 hari) : 2750 liter
- kenaikan berat badan : 0.42 kg/hari
Akan dipamerkan dalam MAHA 2008 di Serdang nanti.


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.