Untok dapatkan gambar berlatarkan belakangkan bongkahan bongkahan batu berserta dengan lampu lampu yang berkerdipan dari perahu perahu, berserta juga refleksi cahaya lampu dari atas air, mesti di buat di waktu pagi. Masa itu cahaya matahari yang baru mendatang pasti cukup menerangi bongkahan bongkah batu tetapi masih belum cukup terang untok memudarkah cahaya lampu dari perahu perahu tersebut.
Saya pun keluarlah di pagi buta menanti saat saat yang bahagia untok abadikan suasana yang di impikan kedalam sensor kamera. Suasana ketika itu sunyi sepi bagaikan terperangkap di alam Twelve light zone. Air laut pun bergitu tenang bagaikan air kopi hanoi didalam cawan. Tiada satu pun manusia yang hidup kelihatan berlegar legar. Sekiranya ada seekor semut menangis kerana dikecewakan pasti saya dapat mendengarnya.
Sambil sambil itu saya pun memuncungkan mulut saya sambil bersiul siulkan lagu ini ....
| Quote: |
Malam sunyi rasa sepi
Ku duduk seorang diri
Terbayang wajahmu di awangan
Hidup ku di perantauan
Penuh dengan cubaan
Namun kau tetap jadi pujaan |
Suasana hujang dan sejuk ini saya rasa pasangan mat salleh dari holland mesti masih seronok berdakapan dalam bilek. Sementara minah minah salleh yang bileknya di aras satu berdepan dengan pintu masuk utama mungkin sedang menantikan ketukan pintu. Minah minah separuh mat salleh yang bilek nya diaras satu membelangki dapur pun mungkin sedang resah keseorangan.
Bilek saya di diaras satu membelangki dapur . Saya rasa saya tidak akan tersalah bilek.