Ini bukan entry untuk bagi resepi. Ini adalah entry untuk membuktikan saya bukan hanya simpan resepi tetapi saya cuba buat. Itu satu dalam seratus sebenarnya.
dah makan nasi separuh pinggan baru teringat nak ambik gambar
Pengakuan ikhlas saya, sebelum ini saya sudah banyak kali buat asam pedas, tetapi asam pedas yang saya buat menggunakan pes komersil yang dah sedia dalam peket. Walaupun selalunya saya adjust ikut suka rasa di mulut, pada dasarnya, semua asam pedas saya masih separa instant.
Di saat saya banyak kerja, bukanlah pilihan bijak untuk saya main masak-masak tanpa menggunakan pertolongan Pak Brahim, Makcik Sara, Auntie Maggi, Pak Adabi dan lain-lain pakcik makcik yang tinggalnya di dalam peket. Tapi pada suatu hari lebih seminggu lalu saya membeli belah barangan dapur, saya telah terbeli sepokok kesom. Oleh kerana saya ni terlalu 'pakar' memasak, saya sebenarnya tak tau bagaimana rupa daun kesom. Tapi saya juga pakar makan dan ingatan saya pada bau makanan memudahkan saya mengenali daun kesom yang dijual dan akhirnya tahulah saya bahawasanya nama mat saleh daun kesom ialah 'Vietnamese Mint'. (Harap maaf kepada pihak pasaraya Pak'n'Save kerana pada hari itu saya telah mencederakan beberapa helai daun herba pelbagai jenis yang dijual untuk mencari daun kesom). Kucing Oren telah mentertawakan saya di hadapan komputer pejabatnya apabila mendapat tahu, katanya,
orang lain beli daun kesom, U beli sampai dengan pokok-pokok sekali tu apahal?
Jawab saya, itu saja pilihan yang saya jumpa, dia jual sepokok, kenalah saya beli sepokok. Dipendekkan cerita, pokok kesom saya sudah menunjukkan tanda-tanda nak mati, maka mahu tak mahu, saya perlu memasak asam pedas itu hari ini. Sebenarnya, daun dari sepokok tu tidak lah banyak mana, segenggam pun tak sampai.
Maka, terhasillah asam pedas cubaan pertama saya. Rasanya sedap mengikut standard saya dan teman serumah saya. Buktinya tiba-tiba ada tangan tunjuk best semasa saya cuba mengambil gambar dengan tangan kiri saya (tangan kanan saya dah gaul nasi). Tuan punya tangan itu tidak diberi rasuah lain selain daripada diberi makan.
Oh, sebaik sahaja saya selesai makan, ada rakan yang datang untuk majlis graduasi singgah di rumah dan saya jemput dia makan. Segera dia bertanyakan resepi. Saya mahu tunjukkan resepi asal
kucing oren tetapi baru saya teringat, rakan saya dari Malaya itu sudah lama tidak tinggal di Malaya dan tidak mahir berbahasa Melayu. Akhirnya resepi kucing oren terpaksa saya terjemahkan ke bahasa Inggeris pada sehelai kertas. Terima kasih kucing oren
*warehou - ikan di NZ yang saya rasa mungkin tak ada nama Melayu pasal ikan ni cuma ditangkap di selatan lautan Pasifik dan Atlantik.