Setelah selesai makang malam, maka saya pun naik lah ke atas dek perahu besar. Hampir kesemua perahu perahu besar itu sudah berlabuh di satu tempat yang saya sendiri tak tahu dimana.
Kerdipan kerdipan lampu lampu dari perahu perahu besar dimalam yang gelap gulita sungguh mengasikan. Refleaksi cahaya di atas air lagi mengasikan. Tiada kamera yang dapat merakamkan suasana pada malam tersebut kerana back ground terlalu gelap dan lampu lampu dari perahu terlalu kerdil. Ianya juga menjangkaui DYNAMIC RANGE kemampuan sensor kamera. Untok menikmati suasana sebenar, anda mesti berada di sini.
Biarpun tanpa tripod, saya cuba juga menabadikan suasana tersebut kadalam memori kad. Menggunakan ISO yang paling tinggi, aperture yang paling besar dan melilitkan tali kamera pada lengan supaya kamera lebih stabil saya pun picit picit lah kamera saya.
Kemudian datang minah minah salleh dari Denmark dudok di sebelah. Kemudian datang lagi pasangan dari Holland, kemudian datang lagi minah-minah separuh salleh dari Australia. Kemudian berlakulah komunikasi dalam bahasa inggeris yang hampir-hampir membuatkan lidah saya terbelit belit.