Nama penuh Muhammad Hadif bin Mohd Naz'ri. Maksud Hadif ialah yang mempunyai matlamat. Dilahirkan di Royal Brisbane Woman Hospital (RBWH), Brisbane Australia. Kira anak Aussie le mamat sorang ni. Lahir seberat 2.55 kg, 9.16 mlm waktu Brisbane, 2 minggu awal dari due. Kira dia ni keluar paling kecik le sebab Iman (3.35kg), Aqilah (3.00kg) dan Danish (2.9kg). Induce sebab atas nasihat doktor bila scan 36+ weeks (2.368kg) ngan 37+ weeks (2.374), didapati berat baby hanya bertambah dlm 6 g sahaja. Doktor pakarnya nasihat supaya induce sebab takut dibiarkan, berat baby dikhuatiri turun pulak dan membahayakan kesihatan baby. Memang dari awal lagi doktor dok komplain kata baby kecik sebab diorang kalau baby bawah 2.4kg kena masuk nursery bila lahir.. kira cam tak cukup berat le gitu. Then mama terpaksa selang sehari pegi hospital untuk buat CTG. Boringnya... So bila doktor mintak induce.. mama pun setuju aje le sebab anak2 mama yang lain pun sume induce..
Best gak le kira bersalin kat sini.. Standard cam swasta le kalau kat M'sia tu. Then OSHC covered sume bill. Tak yah bayar satu sen pun.. Banyak jugak yang mama belajar kat sini, siap ngan exercise2nya yg macam2 sebab masa tu, baby lum engage lagi. So sebelum induce, kena le buat exercise2 utk turunkan kepala baby dulu..
Nasib baik mama ramai kawan kat sini. Diorang le yg tolong jagakan budak2 yg lain tu sepanjang mama kat hospital sebab tok ma ngan tokki nya lum sampai lagi time tu. Then tolong masak lagi.. Hihi.. cam mem besar lak rasanya.. Thanks a lot Kak Azah, Kak Wan, Ida, Fariza dan lain2 yg bantu.. So, lepas ni turn sapa plak..? hehe.. Baik booking awal2..