Menurut empunya cerita, Longleat ni merupakan `drive-in` safari yg pertama di luar Afrika. Ketika kami sampai, hujan masih turun. Nasib kurang baik, kebanyakan haiwan berteduh dan tidak bersiar-siar sebagaimana sepatutnya dalam safari. Bila dah hampir separuh jalan, barulah hujan berhenti. Tapi kami dah terlepas kawasan zirafah dan zebra. Cuma nampak dari jauh sahaja. Nasib baik banyak beruk-beruk yg menghibur hati...
Overall, lawatan ke sini kira ok lah. Kalau cuaca lebih baik, kemungkinan besar lebih menyeronokkan. Selepas drive-in safari, kami melawat pulak tarikan lain yg di taman ini. Hari ni kami sempat naik keretapi, melihat kebun rama-rama, mencuba adventure castle (utk bebudak sahaja), giant maze, pets corner, dan melawat Longleat House.