TOK TOK KAI, FAMILY GATHERING AT MERCU BEACH RESORT KUANTAN
Pada 21 – 23 March 2008, Sari Photography telah diundang untuk merakam gambar Majlis Perjumpaan Keluarga Allahyarham Mohd Nor Idris dan Allahyarhamah Aminah Salleh (Tok Tok Kai). Seramai 80 ahli keluarga Tok Tok Kai telah berkampung di Mercu Beach Resort Kuantan untuk mengadakan program selama tiga hari, pelbagai pengisian diselitkan dan ianya merupakan pendekatan terbaik untuk kepentingan hubungan keluarga. Semua ahli keluarga dapat bersatu dan berseronok, bukan sahaja melibatkan ahli keluarga peringkat dewasa malah melibatkan anak cucu. Dan majlis itu telah berlangsung dengan jayanya dan tentunya merupakan wadah terbaik untuk ahli keluarga Tok Tok Kai. Seterusnya, kepada Tengku Razman diucapkan terima kasih kerana sudi mengundang Sari Photography merakam gambar yang penuh makna ini. Tak lupa juga kepada seluruh ahli keluarga Tok Tok Kai diucapkan terima kasih daun keladi......