Kali pertama terpandang Dato' Seri Siti tampil dengan tudung begini, kotak fikirku melayang ke memori waktu di kolej lewat 12 tahun nan lalu.
Hmmm, jangan tak percaya... Kita pun ada tudung macam ni tau.... Buat sendiri lagi.... Almaklum, tiap hujung semester, ada majlis makan malam yang perlu dihadiri. Justeru sudah semestinya mahu tampil paling menarik...
Dalam koleksiku, ada 4 helai semuanya. Warna biru, putih, merah jambu dan hitam yang dijahit dan bersulam manik ringkas dek tangan yang masih keras waktu itu..... Tapi yang tinggal dalam simpanan kini cuma tiga setelah yang hitam kuberikan kepada aruah Tok Yam dulu..... (Alfatihah buat roh Allahyarhamah nenda tercinta....)
Quote:
Sekiranya anda berminat untuk menempah tudung ini, anda tahu bagaimana untuk menghubungi saya, kan? Jangan bimbang, seperti biasa, harga boleh dirundingkan....