University tutup selama 5 hari, maka inilah peluang untuk berjalan-jalan! Jom ke Cardiff!
Cardif terletak disebelah selatan Wales (seolah2 Melaka kalau di semenanjung Malaysia)..Ok lah dapat lari sekejap dari 'kepeningan' hidup statik di Loughborough ni..Lagi best kalau pergi ramai2..Tapi sebab 'short notice' buat keputusan nak ke Cardiff tak sempat nak plan dengan siapa2 lagi yang nak pergi ..
Sampai di hotel, hari pun hujan..kami pun rehat2 dululah..Iye pun memang datang nak berehat kan.. tapi dengan Munif ni mana boleh berehat selagi dia tak tidur..Macam2 nak deisentuhnya..
Walaupun hari dah nak senja, kami pergi juga ke Cardiff Bay, bergambar masa matahari jatuhla memang menarik..yg tak bestnye kekurangan ilmu dalam teknik fotografi..
Munif siap sedia nak tidur selepas keletihan berjalan..Esok nak jalan lagi..
Sebelum balik ke Loughborough, kami smepat berjalan2 lagi walaupun cuaca tidaklah begitu baik..
Cardiff castle
Millenium Stadium..saat2 akhir bergambar sebelum camera kehabisan bateri