Busy amat dalam 2 bulan ni..Setiap minggu ada aje peristiwa2 penting..
Kenduri perpisahan
Kami adakan kenduri kecil2an sempena beberapa orang sahabat yang akan balik ke Malaysia iaitu Dr. Narimah & Abang Amran; Abang Adzhar, k Ha dan anak2 dan Tuk Ma (nenek kepada Afiq Zulfadly).
Abang Adzhar sekeluarga
Mama Narimah dan family Amsyar pun datang
En. Nizam pun hadir..
Lawatan ke Manchester
Lawatan sempena Abi ada kursus kat sana. Kami menginap di hotel Days Inn. Berjalan2 di sekitar UMIST dan melawat kawan2 kami iaitu family Syarifah Mazlina & Syed Shahizan dan family Farizal dan Fiza. Ingat nak melawat Old Trafford lagi sekali..tapi malasla...boring
Bergambar kenangan dengan Syarifah Mazlina (duduk sebelah Ummi) dan Nora (berdiri pegang baby)
Abi bersama Ustaz Shahizan (suami Syarifah) dan kawan sekolah lamanya Farizal..
Munif tengak relaks di hotel sambil baca peta..
Lawatan pensyarah2 a.k.a rakan sejawatan Abi dari Fakulti Alam bina UTM
Kami dilawati oleh Dr. Razali dan Dr. Ibrahim yang ada lawatan kerja ke UK. Terima kasih kepada mereka berdua kerana sudi datang ke rumah kami..
Lawatan TNC UTM - Prof Dato' Zaini bin Ujang
Kami berbesar hati sgt Dato' sudi ke Loughborough walaupun jadualnya amat ketat..Naik semangat kami nak menyiapkan PhD yg susah amat ini... Dato' banyak bagi kata2 perangsang dan nasihat yang Insya ALlah kami jadikan pedoman di dalam perjuangan ini..