Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 25-Mar-2008 06:34
Ujian Keikhlasan akan datang jua.

Setiap orang ada hati. Dan kebanyakan orang mahu menjaga hati mereka.
Semua orang berusaha untuk memuaskan hati dan kebanyakan orang hanya mampu memuaskan hati sendiri sahaja.

Dalam Islam, kepuasan hati yang sebenar ialah bila hati dapat tunduk dan patuh kepada apa yang diredhoi oleh Allah.
Bila hati redho kepada apa yang diberi oleh Allah dan merasakan bahawa Allah redho pada kita, itulah kepuasan yang sebenar.

Telah berkata bijak pandai ;-

" Jika kamu mencari dan mendapat keredhoan/kepuasan hati dari semua manusia sedangkan Allah tidak redho pada kamu, ia adalah sesuatu yang kosong dan amat malang "

Punca segala kebaikan dan keburukan ialah di hati. Segala tindak tanduk kita mencerminkan apa ada di hati kita. Untuk memastikan hati kita sentiasa ikhlas, tunduk, tawaduk dan redho sentiasa kepada Allah bukan perkara yang mudah. Pada zaman manusia dirosakkan hatinya dengan hiburan2 yang berdosa serta gangguan syaitan yang sentiasa ada, perjuangan menjernihkan hati adalah suatu yang amat sukar tetapi wajib diusahakan.

Nabi bersabda :-

" Dalam tubuh anak Adam (manusia) itu ada seketul darah. Jika baik ia, maka baiklah keseluruh jasad, dan jika buruk ia, maka burukla seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu ialah hati. " - mafhum hadith.

Jadi, marilah sama2 kita berusaha membaiki dan menjernihkan hati2 kita smua. Walau dengan sedikit dosa kecil jika bertambah2 dan 'dilayan', maka ia akan bertambah dan menggelapkan/merosakkan hati kita umpama DUST/FUNGUS yang merosakkan SENSOR/CCD/LENS kita.

Sesungguhnya, utk mengubat dan membela hati kita ialah dengan jalan redho dan ikhlas. Yang menjadi matlamat kita dalam ikhlas ialah ikhlas kerana Allah semata2 mengharap redho Allah, bukan redho manusia diutamakan. Namun, kita juga perlu ingat bahawa hubungan sesama manusia juga perlu dijaga kerana Islam telah menggariskan dua hubungan yang perlu dijaga iaitu hablum minaLLah dan hamblum minannas. (tali Allah dan tali manusia)

Akhirnya, kita harus ingat bahawa kita tak boleh mengaku hati kita sudah cukup baik dan sempurna selagi mana kita tidak diuji.
Firman Allah ;-

" Adakah kamu merasakan diri kamu sudah beriman sedangkan kamu masih belum diuji? ".

dan sesungguhnya nak menentukan/mencapai ikhlas Lillahi Taala itu amat payah.
Diumpamakan sperti mencari semut hitam di atas batu yang hitam di dalam pekat malam yang gelap.

Setiap orang ada hati. Setiap orang ada hati. Kepada Allah kita kembali.

Wallahua'lam.

Quote:
saya mengalami sindrom tamau bercakap dan bercakap sorang2 yang amat kronik sehingga isteri saya kebimbangan..


note: gambar diambil menggunakan k810i SE. RAW editing used here.

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.