Setelah setahun dalam pembinaan, akhirnya siap juga rumah yang dibina berhadapan dengan TIC, walaupun masih belum boleh diduduki. Seingat aku pembinaan rumah ini bermula selepas Aidah balik, namun selepas Jie balik pada Disember tahun lalu dan selepas Din balik pun nampaknya masih belum siap sepenuhnya. Aku ada tanya juga pada org Jepun di sini, adakah rumah2 di Jepun ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Jawapan yang aku terima memang seperti yang aku jangkakan. Rumah yang mempunyai daya tahan gempa bumi (earthquake proof) memang mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Sabar je lah tuan punya rumah ni tunggu rumahnya siap..